[a.ga.ma] | اݢام
Definisi : kepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[be.ri.ta] | بريتا
Definisi : 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bu.ku] | بوکو
Definisi : 1 bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dsb; bahagian hujung dan pangkal ruas tulang yg berbonggol. 2 ketul atau butir yg kecil-kecil, spt garam: Ahmad menghancurkan ~-~ tanah itu dgn cangkul. 3 penjodoh bilangan utk benda yg berbutir atau berketul: se~ garam; se~ tanah. ~ bahu sendi antara bahu dgn lengan. ~ benang kayu dll tempat benang dililitkan; gelendong. ~ jari tulang sendi pd jari. ~ kaki (lali) tulang yg berbonggol pd pergelangan kaki. ~ lima a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. berbuku 1 ada bukunya: Buluh mana yg tidak ~? 2 berbongkah-bongkah kecil: Tepung ini sudah ~ kerana terlalu lama. membuku menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. terbuku ki mengganggu perasaan dlm hati: Segala yg ~ dlm hatinya diceritakannya kpd kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[é.ko.no.mi] | ايکونومي
Definisi : (ékonomi) 1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang ekonomi; 2. sistem penge (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[fé.mi.nis.me] | فيمينيسمى
Definisi : (féminisme) gerakan atau faham yg menuntut persamaan hak wanita spt yg dinikmati oleh kaum lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[fi.lem] | فيلم
Definisi : 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pen.di.di.kan]/[pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن
Definisi : 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[po.li.tik] | ڤوليتيک
Definisi : 1, = ilmu ~ ilmu ttg cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah: Sewaktu masih bersekolah lagi, dia gemar sekali membaca buku-buku ~. 2 segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain: parti ~. 3 kegiatan yg bertujuan utk menaikkan status seseorang atau utk menambah kuasa seseorang dlm sesuatu organisasi dsb berbanding dgn yg berdasarkan prinsip yg benar. ~ wang kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. berpolitik mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[sains] | ساءينس
Definisi : 1 ilmu pengetahuan yg teratur dan dpt dibuktikan kebenarannya. 2 cabang ilmu pengetahuan yg berdasarkan kenyataan semata-mata spt kimia, fizik. ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[sas.te.ra] | سسترا
Definisi : 1 = kesusasteraan hasil seni yg diwujudkan dlm bentuk karangan bebas atau dlm bentuk puisi. 2 bahasa yg digunakan dlm tulisan; bahasa surat. sasterawan 1 orang yg menghasilkan karya sastera; pengarang; pujangga; ahli sastera. 2 orang yg ahli ttg sastera. 3 orang yg cerdik pandai. kesasterawanan hal, sifat dsb yg berkaitan dgn sasterawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Nama
Emel
Tajuk tulisan
Genre (pilihan)
Δ