Joined02/11/2024
Articles5
Nur Sakinah Binti Ahmad Rosli graduan jurusan kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dan sarjana di Newcastle University dalam program Hidrologi dan Pengurusan Air melalui biasiswa penuh British Council Women in STEM 2023-2024. Penulis juga adalah Felo akademik Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) dalam kohort Isu Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli di University of Montana. Penulisannya telah diterbitkan antaranya oleh Pusat Sejarah Rakyat, Universitas Islam Internasional Indonesia Press dan The Malay Heritage Foundation. Penulisan yang telah diterbitkan memfokuskan persoalan tentang sejarah rakyat, nilai islam progresif, keadilan gender dan ‘Traditional Ecological Knowledge’ atau Pengetahuan Ekologi Tradisional. Fokus penelitiannya sekarang adalah pada hal-hal pembangunan, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial.
Penulis juga bergerak dalam Persatuan Agroekologi Malaysia untuk Intensifikasi Sumber Lestari atau Malaysian Agroecology Society for sustainable resource intensification (SRI-Mas), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mana aspirasinya adalah untuk memperkasakan masyarakat melalui kesedaran hak petani dan agroekologi dalam amalan pertanian. Penulis bergiat aktif dalam menghasilkan konten media sosial dan penulisan pamphlet sebagai sebuah usaha advokasi hak petani dan kesedaran alam sekitar dalam menjamin bekalan makanan kebangsaan.
Penulis adalah salah seorang penggerak Kumpulan Bacaan Perempuan (KBP) dalam Jurnal Sang Pemula (Oktober 2023-Ogos 2024).