Kumpulan Bacaan Perempuan JSP (sesi 2023-2024) diadakan bertujuan untuk memberdaya teman-teman perempuan melalui literasi dan diskusi. Melalui enam tema utama, yakni kesetaraan gender dalam Islam, figura feminis Nusantara, gagasan penulis perempuan, fiksi dan karya kreatif, penulisan akademik, serta suara pemikir/aktivis perempuan kontemporari Malaysia, kumpulan bacaan ini ingin mendorong pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu perempuan dan feminisme. Kumpulan ini diharap dapat menjadi ruang bagi teman-teman perempuan untuk saling belajar, berbagi, dan tumbuh bersama. Berikut adalah 15 bacaan yang telah dibincangkan dalam kumpulan bacaan ini.
Qira’ah Mubadalah

Dalam perspektif mubadalah, tafsir keagamaan maupun praktik keberagamaan tidak boleh dijadikan landasan dominasi salah satu jenis kelamin terhadap jenis kelamin yang lain… ada perbedaan antara laki-laki dan perempuan. Tetapi, hal tersebut tidak untuk membedakan yang satu lebih mulia dan lebih penting. Tidak seharusnya ada yang menjadi korban kekerasan fisik, mental, ekonomi, politik, dan sosial. Apalagi dengan atas nama Islam. Buku ini justru menekankan perspektif keberagamaan yang menitikberatkan pada keseimbangan relasi (hubungan) dan kesalingan.
Tafsiran teks agama mengikut pendekatan mubadalah berdiri atas dua kaedah. Yang pertama ketika membaca al-Quran dan hadis, harus dilihat apakah konteks sosio-historis, asbabun nuzul dan asbabun wurud, juga melihat konteks sosial,politik dan ekonomi ketika ayat tersebut diperturunkan atau dipertuturkan.
Yang kedua adalah melihat sifat bahasa Arab itu sendiri kerana dalam bahasa Arab ada peraturan atau kaedah: Jika laki-laki dan perempuan hadir bersama maka cukup hanya menyebutkan kaum laki-laki karena jika menyebut akan kaum laki-laki automatik perempuan termasuk di dalamnya. Maka kerana sifat bahasanya begitu, banyak tafsiran teks agama oleh orang agama hanya memasukkan lelaki dalam suruhan tersebut sehingga berbunyi tidak adil kepada perempuan.
Habis Gelap Terbitlah Terang

Acapkali benar dikatakan orang bahwa di dalam hati kami lebih Belanda dari Jawa. Alangkah sayunya hati karena pikiran itu! Boleh jadi seluruh tubuh kami sudah dihinggapi pikiran perasaan Eropa – tetapi darah, darah Jawa itu, yang hidup dan mengalir dengan panasnya di sekujur badan kami, sekali-kali tiadalah dapat dihilangkan. Kami merasanya ada dalam tubuh kami, pada ketika harum kamenyan dan bunga semerbak, pada ketika gamelan berlagu, pada ketika angin meresak pucuk pohon kelapa, perkutut, tekukur, batang padi bersiul, lesung padi berdentung-dentung.
Membaca surat-surat Kartini membuat kita terpegun kerana idea Kartini memang maju dari zamannya seperti kesihatan reproduktif, dan kebolehan melihat kelebihan yang diperolehi beliau iaitu status sosial yang lebih tinggi dalam merenung persoalan gender. Kartini juga membawa idea bahawa keseteraan gender juga memberi ruang kepada lelaki untuk hidup yang lebih sejahtera kerana bebas dari tekanan patriarki yang memandang lelaki semata sebagai pencari nafkah yang harus mempunyai ciri-ciri maskulin yang ‘keras’. Gelombang feminis pertama di barat juga tidak membawa persoalan ini, Bell Hooks bahkan dikritik pada mulanya kerana membawa persoalan ini.
Persoalan gender juga tidak akan lengkap tanpa mempersoalkan struktur kuasa yang membelenggu kehidupan masyarakat, Kartini yang hidup ketika zaman penjajahan Belanda memahami bahawa struktur kuasa penjajah itu juga satu permasalahan besar yang harus dipersoal sama seperti menyoal tradisi kolot Jawa yang melebihkan para lelaki yang datang pula dari sekian-sekian keturunan. Penindasan juga berlapis, di atasnya ada kuasa imperialis, turun ke elit pemerintah dan bangsawan tempatan dan lapisan terbawah tentulah perempuan dari keturunan-keturunan tidak bernama yang paling terkesan kerana mereka ini lebih rentan dan terdedah kepada eksploitasi.
All About Love

We are all born into the world of community. Much of the talk about ‘family values’ in our society highlights the nuclear family… this is a fantasy image of family. Capitalism and patriarchy together, as structures of domination, have undermine & destroy this larger unit of extended kin. Replacing the family community with a more privatized small autocratic unit (named as nuclear family) helped increase alienation and made abuses of power more possible.
Persoalan pertama yang timbul apabila melihat judul buku ini adalah, mengapa dalam proses untuk memerdekakan diri dan masyarakat dari cengkaman patriarki perlu belajar tentang cinta? Buku-buku self-help popular yang menjadi panduan untuk kita memahami cinta dan membaiki perhubungan pula tidak menyelesaikan masalah kontang cinta, malah memperkuat peranan gender yang berat sebelah.
Bell Hooks mencabar pengertian cinta yang difahami umum hanya sebagai perasaan suka, kasih, berahi, ikatan dan keinginan. Bell Hooks meletakkan cinta sebagai perbuatan bukan hanya perasaan. Cinta adalah apa yang kita lakukan, kesanggupan untuk mengembangkan diri sendiri dan orang lain bagi tujuan membangunkan jiwa. Cinta adalah niat dan aksi, cinta bukan perasaan yang datang tanpa diundang, dibolak balik oleh hati hingga pencinta menjadi pasif dan menyerah kepada keadaan. Cinta harus membangunkan jiwa dan diri pencinta (self-actualization) sehingga ia mampu untuk meletakkan dirinya dalam masyarakat dan dunia keliling.
Cinta tidak akan sekali membenarkan pencinta membuat derita atau menderita, memanipulasi atau dimanipulasi secara mental dan emosi, mendera atau didera zahir dan batin. Cinta tidak akan mengurung atau dikurung, memaksa lepas atau melepaskan segenap cita dan aspirasi yang ia pernah ada, membuat lupa atau melupakan sebahagian kemanusiaanya yang mahu menurut keinginan sendiri.
Cinta adalah hormat kepada kedaulatan diri sendiri dan orang yang dicintai. Cinta juga menuntut kita bertanggungjawab terhadap kekurangan aksi cinta yang kita berikan kepada orang yang kita cintai. Dan yang paling penting, pencinta harus cinta terhadap dirinya sendiri terlebih dahulu. Fikiran, pilihan, perasaan, suara, agensi dan kewujudan diri sendiri, jika ia tidak diperjuangkan oleh diri sendiri, siapa yang akan memperjuangkannya? Cinta seharusnya memastikan diri sendiri terlebih dahulu bebas dan aman, barulah ia dapat membawa orang lain bersama ke dalam kenyamanan cinta itu.
The Will to Change

Only a revolution of values in our nation will end male violence, and that revolution will necessarily be based on a love ethic. To create loving men, we must love males. Loving maleness is different from praising and rewarding males for living up to sexist defined notions of male identity. When we love maleness, we extend our love whether males are performing or not. Performance is different from simply being. In patriarchal culture males are not allowed simply to be who they are and to glory in their unique identity. In an antipatriarchal culture males do not have to prove their value and worth. They know from birth that simply being gives them value, the right to be cherished and loved.
Dalam mengistilahkan patriarki, mesti difahami bahawa patriarki tidak sahaja memangsakan perempuan malah ikut sama menjangkiti lelaki. Bell Hooks mengingatkan bahawa bukanlah maskuliniti yang menjadi masalah melainkan maskuliniti patriarki. Antara didikan maskuliniti patriarki ialah julukan “lelaki merupakan makhluk yang tidak beremosi”. Oleh sebab stereotaip ini, lelaki-lelaki berdepan dengan krisis tidak mahu menunjukkan emosi, memendam rasa dan menganggap perasaan mereka tidak wajar diungkapkan. . The Will To Change mangalihkan semula pandangan pembaca kepada pandangan yang lebih manusiawi terhadap lelaki.
Bell Hooks turut membincangkan tentang maskuliniti feminis, yang berteraskan prinsip kesalingan dan kebersamaan. Nilai seorang lelaki tidak terletak kepada kemampuan untuk menyara orang lain melainkan diri mereka sendiri. Ini sejajar dengan idea Erich Fromm dalam menanggapi permasalahan kemanusiaan vs kapitalisme – “to have value, they do not have to ‘do’, to ‘perform’ to be affirmed and loved”. Hooks menekankan bahwa lelaki harus diizinkan untuk mengekspresikan emosi mereka secara penuh, tanpa takut dianggap lemah atau tidak maskulin. Menekan emosi hanya akan memburukkan masalah kesihatan mental dan hubungan interpersonal.
Usman Awang & Zurinah Hassan

Biarlah Gunung Ledang berdiri mengingatkan
ada bunga yang tidak dapat digubah
sesedap titah
seorang perempuan pun ada kalanya
berhak memilih kebebasan
seorang Sultan pun ada kalanya
harus tunduk kepada kekalahan.
– Pesanan Puteri Gunung Ledang oleh Zurinah Hassan
Hak kita sebagai manusia adalah sama, kami mewarisi keadilan kemanusiaan dan hukum. Tempat kami tidak di sudut dapur, tidak di kamar terhias, tidak di tepi taman menyiram orked, tetapi di sisi lelaki, di mana saja, dari pejabat sampai ke bulan
– Wanita Telah Bangkit oleh Usman Awang
Betapa mereka diperdagangkan
Dari sistem lelaki kapitalisma
Betapa mereka diperhamba
Dari aturan lelaki feudalisma
Betapa mereka diperalatkan
Dari dunia lelaki imperialisme
Dan hari ini mereka mengangkat muka
Untuk keadilan dan hak yang sama
Wanita berani tidak lagi menangis
Bangkitlah mereka dalam paduan setiakawan
Satu kekuatan di bawah sayap tofan!
– Untuk Wanita Berani oleh Usman Awang
Suara-suara penyair yang menolak budaya dominasi lelaki ke atas perempuan dan menggambarkan realiti yang dihadapi perempuan perlu selalu diulang baca bagi menunjukkan adanya perlawanan, senyap bukanlah pilihan menghadapi tekanan. Sastera bukan sekadar madah indah, tetapi juga alat untuk berkongsi rasa dan pengalaman kolektif perempuan, membina solidariti, dan menyatakan masalah. Dengan demikian, kita dapat bersama-sama menuntut perubahan dan membayangkan sebuah dunia yang lebih adil.
Analisis Gender Dan Transformasi Sosial

Transformasi gender merupakan gerakan pembebasan perempuan dan lelaki dari sistem dan struktur yang tidak adil, ia merupakan upaya pembebasan dari segala bentuk penindasan.
Tujuan gerakan transformasi gender tidak sekadar memperbaiki status perempuan menggunakan indikator norma lelaki melainkan memperjuangkan martabat dan kekuatan perempuan, iaitu kekuatan dalaman dalam mengawal hidup sendiri dan kemampuan meraih akses terhadap sumber.
Analisis gender seperti juga analisis sosial yang lain adalah alat dalam memahami realiti sosial. Ia menjadi lensa yang digunakan untuk mengungkap ketidakadilan gender yang mendasar. Analisis gender merupakan kacamata baru untuk menambah, melengkapi analisis sosial yang telah ada, dan bukan menggantikannya.
Feminisme muncul sebagai gerakan perlawanan terhadap ketidakadilan gender. Aliran-aliran feminisme yang beragam menawarkan perspektif yang berbeza tentang akar permasalahan dan penyelesaian yang ditawarkan. Feminisme bukanlah perjuangan emansipasi perempuan menentang lelaki kerana mereka iuga sedar bahawa kaum lelaki (terutama kelas proletar) juga mengalami penderitaan yang diakibatkan oleh dominasi, ekspioitasi serta penindasan dari sistem yang tidak adil. Feminisme adalah gerakan transformasi sosial. Yang ditentang bukan perbezaan yang disebabkan biologi, tetapi struktur ketidakadilan yang dicipta dari perbezaan biologi tersebut.
al-Muhaddithat: the Women Scholars in Islam

I do not know of another religious tradition in which women were so central, so present, so active in its formative history. It follows that they were recognized as ‘senior’ in a social order in which authority was explicitly based upon commitment to and knowledge of the religion. It cannot then be a surprise that a woman had the authority to continue to narrate a Hadith (the case of the Companion Fatimah bint Qays) or that a woman could challenge the decision of a court and the decision be overturned because the Hadith she had reported was decisive and clear (the case of the Successor, ‘Amrah bint ‘Abd al-Rahman). As a final point while reflecting on what authority women had and should have in Islam, we might remember that, after the Prophet himself, the first person to hear the first words revealed from the Book, was his wife Khadijah…
Buku “Al-Muhaddithat” karya Akram Nadwi bertujuan untuk menonjolkan sumbangan penting para ulama perempuan dalam tradisi Islam, khususnya dalam bidang Hadith. Buku ini mencabar tanggapan umum bahawa wanita tidak dilibatkan dalam bidang keilmuan dan kepimpinan agama pada awal sejarah Islam.
Penyelidikan Nadwi mendedahkan bahawa ramai wanita aktif terlibat dalam kajian, penyampaian, dan tafsir Hadith, bersama-sama dengan rakan lelaki mereka. Mereka memegang jawatan kuasa dalam institusi Islam, mengajar di masjid dan madrasah, serta menghasilkan karya-karya ilmiah.
Dengan menyinari tokoh-tokoh yang terlupakan ini, “Al-Muhaddithat” bertujuan untuk memberdaya wanita untuk mengejar ilmu dan keilmuan Islam. Ia juga berfungsi sebagai peringatan tentang warisan intelektual Islam yang kaya dan peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam perkembangannya. Ini menjadi sebuah pukulan terhadap pandangan sempit yang seringkali diyakini oleh sebagian kalangan konservatif, yakni bahwa peranan perempuan dalam Islam terbatas hanya pada ranah domestik. Kisah-kisah para muhaddithat membuktikan bahwa sejak awal, perempuan telah menjadi bagian integral dalam perkembangan Islam, tidak hanya sebagai penerima ilmu, tetapi juga sebagai pencipta dan penyebar ilmu pengetahuan.
Ensiklopedia Muslimah Reformis

Penghayatan dan pengamalan tauhid menjadikan seseorang teguh menampilkan akhlak karimah, berwawasan luas dan mandiri, selalu aktif-dinamis, berpikir kritis dan rasional, bersikap toleran dan penuh empati, baik terhadap sesama maupun makhluk lainnya di alam semesta. Bukan hanya itu, penghayatan dan pengamalan tauhid juga mendorong seseorang berani berjuang dan berjihad menegakkan nilai-nilai keadilan, kesetaraan, dan kebebasan sehingga semua bentuk kezaliman, ketimpangan, diskriminasi, eksploitasi, dan kekerasan dapat dieliminasi, atau setidaknya dikurangi.
Perlawanan perempuan mendapatkan keadilan terhadap penindasan dan perkara-perkara yang salah, memperjuangkan kemaslahatan, membela kehidupan manusia adalah manifestasi kesolehan sebenar. Bahkan ia adalah kesolehan perempuan yang dirakam dalam banyak ayat Al Quran; Al Mujadilah (Perempuan Yang Berdebat) ialah klimaks pengiktirafan perlawanan perempuan sebagai sebuah kesolehan.
Kesolehan bukan sebuah kepasifan dan berdiam, tetapi menuntut keaktifan; usaha, jihad dan aksi-aksi untuk membawa kemaslahatan manusia sejagat bertitik tolak daripada kesedaran tauhid yang membebaskan manusia daripada perhambaan dan perhambatan oleh manusia lain. Tauhid ialah titik permulaan pembebasan manusia, secara spiritual, mental dan fizikal.
Buku ini adalah manual muslimah solehah yang berdaya dan memberdayakan yang Musdah Mulia namakan Muslimah Reformis; muslimah yang aktif, tidak pasif, yang yakin diri ke depan untuk merebut ruang berpartisipasi dalam segenap ruang yang mereka berada, ruang publik, domestik, intelektual, pekerjaan dan sebagainya. Rekonstruksi kesolehan dan konsep-konsep teologi seperti jihad, dakwah, hijrah yang selama ini digunakan untuk menundukkan perempuan membuang beban taboo perlawanan daripada kesedaran perempuan. Justeru, solehah juga mesti seiring dengan muslihah. Soleh pada diri dan membawa kemaslahatan pada sekeliling.
Feminism for the 99%: A Manifesto

The feminism we envision acknowledges the need to confront a crisis of monumental scale: declining living standards, looming ecological disasters, rampant wars, increased dispossession, mass migrations confronted with barriers, emboldened racism and xenophobia, and the rollback of hard-won social and political rights.
This feminism does not limit itself to “women’s issues” as they are traditionally defined. Standing for all who are exploited, dominated, and oppressed, it aims to become a source of hope for the whole of humanity. That is why we call it a feminism for the 99 percent.
Pembangunan dan feminisme saling terkait erat. Pembangunan yang tidak dihadirkan dengan berperspektif gender akan memperkuat ketidakadilan yang sedia ada. Sebaliknya, feminisme tanpa mempertimbangkan konteks sosial, kelas dan sejarah akan sukar untuk mencapai tujuan perjuangannya.
Kita harus memahami kapitalisme sebagai sistem politik-ekonomi telah juga merubah sistem sosial, banyak permasalahan gender bukan hanya berdiri atas kerana jenis gender semata-mata tetapi kerana masalah pengagihan ekonomi yang dikuatkan oleh kapitalisme.
Feminism for 99%: A Manifesto mensyaratkan bahawa bentuk feminism untuk kita semua haruslah:
- anti-kapitalis.
- anti-imperialis.
- anti-rasis.
- mesti menuntut keadilan ekonomi.
- mesti menuntut keadilan sosial.
- mesti menuntut keadilan ekologi.
- mesti menentang semua bentuk kekerasan.
- mesti menuntut hak untuk mengurus dan menjaga kehidupan.
- mesti menuntut hak untuk menikmati kebudayaan sendiri.
- mesti menuntut hak untuk menentukan nasib sendiri.
- mesti menjadi gerakan massa.
Anis Sabirin & Adibah Amin

Wanita Melayu seperti kaum wanita bangsa2 yang lain, menghadap zaman chabaran pada masa ini. Mereka tidak lagi boleh tinggal diam dan membiarkan dunia berlalu sedangkan mereka menyerahkan sahaja seluroh nasib dan masa depan mereka kepada orang lain, kepada suami, keluarga atau ibu bapa. Kaum wanita Melayu juga harus berusaha untok menjadi anggota masharakat yang bertanggong-jawab yang menjalankan usaha dan bakat mereka sa-bagai sumbangan kepada hidup negara… abad kedua puloh menuntut kehidupan yang lebeh aktif, lebeh menentukan diri sendiri, dan lebeh tegas.
-Anis Sabirin dalam Peranan Wanita Baru
Malah ada gadis yang menyembunyikan kecerdasan otanya kerana bimbang ini akan “menakutkan” lelaki…Segala inilah akibat kepercayaan yang ditanamkan dari jenerasi ke jenerasi bahawa wanita idaman lelaki ialah yang kurang dan rendah daripadanya dalam serba- serbi serta mengakui kekurangan dan kerendahan itu; yang patuh, yang lunak, yang meneggelamkan peribadinya untuk mengusapi ego lelaki. Kepercayaan ini sama-sama menjahanamkan keperbadian lelaki dan perempuan.
-Adibah Amin
Cerpen dan esei Anis Sabirin dan Adibah Amin banyak membawa tema perempuan. Membaca cerpen dan esei Anis dan Adibah membuat kita tertanya, ternyata masalah yang melanda perempuan pada zaman itu masih berterusan hingga ke hari ini.
Ecofeminism

… the ecological crisis is rooted in the mistaken belief that human beings are not part of the democracy of nature’s life, that they stand apart from and above nature… This conceptual diminution (by colonial imperialist) was essential to the project of colonization and capitalism. The concept of an earth family (observed by Indigenous communities worldwide) excluded the possibilities of exploitation and domination, therefore a denial of the rights of nature and nature-based societies (as such by Indigenous communities) was essential in order to facilitate an uncontrolled right to exploitation and profits.
Menurut Shiva, ketidakadilan global utara-selatan merupakan akar masalah utama. Eksploitasi sumber daya alam negara-negara berkembang oleh negara-negara maju telah menyebabkan kerosakan alam sekitar yang parah dan mengancam keberlangsungan hidup masyarakat. Beliau juga menentang paradigma pembangunan kapitalis-neoliberal yang mengutamakan keuntungan ekonomi semata tanpa mempertimbangkan impak lingkungan sosial.
Shiva mengajak kita untuk beralih ke model pertanian yang lebih lestari atau berkelanjutan, yang menghormati alam dan masyarakat. Beliau menekankan pentingnya menjaga keanekaragaman bio, mendukung petani kecil, dan mempromosikan keadilan sosial termasuk kesetaraan gender. Dalam konteks yang lebih luas, pemikiran Shiva mengajak kita untuk meredefinisi konsep pembangunan. Pembangunan yang berkelanjutan bukanlah sekadar pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencakup kesejahteraan sosial, keadilan, dan pelestarian alam sekitar. Dengan demikian, kita dapat membangun masa depan yang lebih baik bagi generasi mendatang.
A Vindication of the Rights of Woman

we should quickly see women with more dignified aspects. It is true, they could not then with equal propriety be termed the sweet flowers that smile in the walk of man; but they would be more respectable members of society, and discharge the important duties of life by the light of their own reason. “Educate women like men,” says Rousseau, “and the more they resemble our sex the less power will they have over us.” This is the very point I aim at. I do not wish them to have power over men; but over themselves.
A Vindication of the Rights of Woman oleh Women Wollstonecraft merupakan karya penting dalam pembangunan idea feminisme moden, ia merupakan tulisan pertama yang memberi reaksi terhadap dominasi patriarki. Wollstonecraft dengan tegas menyatakan bahwa perempuan adalah individu yang memiliki hak dan potensi yang sama dengan lelaki. Beliau sangat kritis terhadap pandangan Jean-Jacques Rousseau yang memandang bahawa sistem pengasuhan harus dirancang supaya perempuan dapat berperanan sebagai ‘penghibur’ para lelaki.
Penulisan Wollstonecraft ini juga adalah seruan untuk kaum perempuan memberdayakan diri mereka sendiri dengan bertanggungjawab atas segala pilihan dan perlakuan mereka, agensi diri tidak akan dapat dibangunkan jika perempuan sendiri tidak memilih untuk bertanggungjawab atas diri sendiri. Wollstonecraft juga mengkritik dominasi ayah sebagai pusat kuasa dalam keluarga yang juga menjadi punca mengapa ibu-ibu juga boleh terjatuh dalam budaya tirani dalam keluarga di mana anak-anak tidak mempunyai suara dalam kehidupan mereka sendiri.
In Body & Spirit: Redefining Gender Complementarity in Muslim SEA

Women’s economic autonomy in farming, manufacturing, services, and social enterprise has placed family incomes in their hands. In countries like Malaysia, Indonesia, and the Philippines, essentialist views of women’s domesticity have not found ground simply because men are dependent on women to harvest crops, process and cook food, market produce, and manage the education and health care of their families. To do this successfully, women have developed extensive networks of workers, caregivers, and providers through cooperative principles of sharing and distribution which remain unrivalled in the era of extreme modernity and post-industrialization. This has led to a different kind of semantics in gender relations, towards the incorporation of more progressive gender-sensitive views.
Wazir menyatakan bahawa kebudayaan masyarakat Asia Tenggara yang lebih setara antara gender membolehkan perempuan Muslim disini secara aktif mencabar batasan yang sengaja diletakkan ke atas mereka dengan mentafsir semula teks agama dan teks adat untuk meluas lebarkan lagi agensi diri.
Kerana kesedaran akan nasib diri yang harus ditentukan diri sendiri inilah yang memberikan daya kepada perempuan untuk bertindak. Perempuan sebagai anggota aktif dalam masyarakat di Asia Tenggara telah membina rangkaian dan sistem sokongan komuniti bagi menjamin kesejahteraan komuniti mereka. Malah dalam sejarah, wanita di wilayah ini secara aktif mengambil bahagian dalam perjuangan untuk kemerdekaan, menghubungkan pembebasan wanita dengan pembebasan negara. Ini melahirkan organisasi masyarakat sivil berpusatkan wanita yang memperjuangkan perubahan.
Tidak seperti Timur Tengah dan Asia Selatan, tradisi adat Asia Tenggara menawarkan pendekatan yang lebih fleksibel terhadap peranan jantina. Ini berbeza dengan pandangan “esensialis” yang lebih ketat dalam sebahagian tafsiran teks agama yang menekankan perbezaan biologi. Budaya yang lebih setara gender ini diharap dapat memanifestasikan tafsiran dan amalan agama yang lebih adil kepada semua.
Baca rumusan tentang perbincangan dalam Kumpulan Bacaan Perempuan JSP sesi 2023-2024 di Setahun Kumpulan Bacaan Perempuan Jurnal Sang Pemula dan Setahun Kumpulan Bacaan Perempuan Jurnal Sang Pemula: Persoalan Kelas, Pembangunan dan Jenis Feminisme