Cerpen
Cerpen ialah gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek. Cerpen menjadi terkenal dalam kesusasteraan Melayu kerana diterbitkan dalam akhbar dan majalah yang jauh lebih luas penyebarannya. Perkembangan cerpen Melayu bermula apabila kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai era kegemilangannya sekitar tahun 1930-an (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Cerpen bukan sahaja menjadi medium yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu, malah sebagai hasil sastera yang memberikan gambaran tentang sesuatu zaman, sama ada peristiwa yang berhubung dengan masalah sosial, politik dan ekonomi.