Politik
[po.li.tik] | ڤوليتيک
Definisi : 1, = ilmu ~ ilmu ttg cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah: Sewaktu masih bersekolah lagi, dia gemar sekali membaca buku-buku ~. 2 segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain: parti ~. 3 kegiatan yg bertujuan utk menaikkan status seseorang atau utk menambah kuasa seseorang dlm sesuatu organisasi dsb berbanding dgn yg berdasarkan prinsip yg benar. ~ wang kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. berpolitik mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)