Joined02/11/2024
Ahalla Tsauro merupakan graduan Sarjana di Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Nasional Singapura (NUS). Sebelum ini, beliau telah menuntut dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Universitas Airlangga Indonesia, bekerja sebagai pembantu penyelidikan di Stratagem Indonesia dan kakitangan tempatan di Kedutaan UAE Jakarta. Minatnya dalam mengkaji Islam, Politik dan Masyarakat bermula sejak zaman beliau menuntut dan mengajar di pondok pesantren selama hampir lapan tahun. Beliau telah menyumbang penulisan untuk bab buku Ekologi Al-Quran (2016), Indonesia in Changing Southeast Asia (2016), Jurnal ICMES (2018) dan Jurnal Tashwirul Afkar (2021). Penulisannya disiarkan oleh portal 'Fulcrum: Analysis on Southeast Asia' Singapura. Antara artikelnya adalah 'The New FPI: Don’t Buy the Same Horse Twice', dan 'Attack on Ahmadiyya Mosque in Sintang: An Agony for Humanity'. Antara kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Ahalla adalah 'Liberation Theology within Nahdlatul Ulama: Abdurrahman Wahid’s Ideas and Legacies on Poverty and Development Issues in Indonesia'.