Joined04/11/2024
Articles1
Farahin W atau Nurfarahin Abd Wahid ialah seorang cerpenis yang juga gemar menulis esei. Farahin merupakan seorang graduan pascasiswazah di Universiti Sains Malaysia khususnya dalam bidang Kesusasteraan. Rajin menulis cerpen, karya-karyanya tersiar di Selangorkini serta Berita Harian. Cerpennya juga terbit dalam Tunas Cipta, Jurnal Svara, zine Fagiyu serta Tapau Zine. Cerpen Farahin, Mak Minah Hilang Kain Kafan (Selangorkini) memenangi Hadiah Saguhati Sastera Selangor 2020.
Bidang tumpuan Farahin ialah sastera dan gender. Farahin juga merupakan salah seorang penggerak Kumpulan Bacaan Jurnal Sang Pemula (Ogos 2023 - Oktober 2024).