Joined02/11/2024
Articles2
Izzah dejavu adalah pelajar Sarjana Muda Media & Komunikasi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Izzah pernah bergiat dalam Gerakan pembebasan Akademik (GPA) dan Malaysia Muda. Beliau adalah antara penggerak penghasilan dokumentari pendek Dr. Burhanuddin Al-Hilmy di bawah Malaysia Muda. Penulisannya juga berfokus kepada tokoh-tokoh kiri Malaya dan global selatan selain menyinggung realiti aktivisme di lapangan. Izzah adalah penggerak aktif Rekod Media, iaitu media alternatif yang digerakkan oleh kumpulan Jurnal Sang Pemula bertujuan untuk menormalisasikan wacana politik melalui dokumentari, podcast, dan acara komuniti. Izzah juga merupakan coordinator program tayangan filem pengarah muda Malaysia & Bangladesh anjuran Tech Tales Youth di bawah sokongan Engage Media. Projek ini sejajar dengan konteks Malaysia, di mana dasar sensorship filem, sebagaimana didokumentasikan oleh Pangkalan Data Censorship Seni Asia Tenggara, memberi impak yang penting terhadap ruang dalam talian.