# Jurnal Sang Pemula > Untuk Pencerahan & Kesetaraan ## Posts - [Menangani Realiti Pelarian Iklim](https://jurnalsangpemula.com/menangani-realiti-pelarian-iklim/): Krisis perubahan iklim yang membawa kepada cuaca ekstrem dan tidak menentu telah mengakibatkan kitaran musim hujan dan kemarau yang sukar diramal. Rentetan daripada peningkatan taburan hujan, kemarau di sesetengah kawasan malah ketidakstabilan struktur tanah, dan kenaikan paras air laut, dunia kini berdepan dengan kemunculan kelompok komuniti baharu yang dikenali sebagai ‘Pelarian Iklim’. Pelarian iklim merujuk kepada individu atau komuniti yang terpaksa berpindah akibat fenomena berkaitan perubahan iklim seperti banjir besar, kemarau, hakisan pantai, kenaikan paras air laut, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami sama ada untuk tempoh sementara mahupun kekal bagi mencari perlindungan di tempat yang berdaya huni dan selamat […] - [Arus Kebebasan Akademik Sejagat Menerusi Kaca Mata Laporan Free To Think 2024 & 2025](https://jurnalsangpemula.com/arus-kebebasan-akademik-sejagat-menerusi-kaca-mata-laporan-free-to-think-2024-2025/): Laporan tahunan Free to Think yang diterbitkan oleh Scholars at Risk (SAR) tampil sebagai sebuah riwayat masa kini yang menggetarkan tentang keadaan pendidikan tinggi di peringkat global. Ia merakam dengan cermat pelbagai bentuk serangan yang dihadapi oleh ahli akademik, mahasiswa dan institusi—daripada pendakwaan dan penahanan yang bersifat keras, sehinggalah penggubalan undang-undang yang menyempitkan ruang berfikir serta amalan penindasan yang berakar dalam kehidupan kampus. Namun, di sebalik nilai empirikalnya yang amat penting, laporan-laporan ini menuntut pembacaan yang lebih mendalam daripada sekadar kerangka liberal-humanitarian. Dari perspektif progresif, anti-imperialis dan teori kritis, hakisan kebebasan akademik tidak boleh difahami sebagai anomali atau kemerosotan moral […] - [Fetisisme Metrik](https://jurnalsangpemula.com/fetisisme-metrik/): Fetisisme Metrik dan Kuantifikasi Pengetahuan dalam Sistem Pendidikan Tinggi Malaysia Kritik John Smyth terhadap universiti yang digerakkan oleh kuantifikasi metrik dalam bukunya The Toxic University – Zombie Leadership, Academic Rock Stars and Neoliberal Ideology (2017) mempunyai resonans yang mendalam dengan realiti pendidikan tinggi di Malaysia. Sejak awal tahun 2000-an, sistem universiti Malaysia telah melalui satu proses penstrukturan semula yang intensif, sejajar dengan agenda global neoliberalisme pendidikan tinggi. Proses ini dicirikan oleh penekanan agresif terhadap ranking universiti antarabangsa, sasaran output penyelidikan yang boleh diukur, serta mekanisme pembiayaan berasaskan prestasi. Walaupun dasar-dasar ini sering dipertahankan atas nama daya saing global dan kecemerlangan […] - [Segi Segi Sosiologi Korupsi di Asia Tenggara: Tinjauan Ide-Ide W.F. Wertheim](https://jurnalsangpemula.com/segi-segi-sosiologi-korupsi-di-asia-tenggara-tinjauan-ide-ide-w-f-wertheim/): Sebagai intelektual pada masanya, Wertheim membaca ulang kembali korupsi dalam tulisannya sebagai fenomena sosiologis, alih-alih sekadar masalah moral, hukum, atau ekonomi. Tulisan ini diterbitkan pada masa ketika banyak kajian tentang korupsi didominasi oleh sarjana ilmu administrasi publik. Ia menawarkan penjelasan historis, komparatif, dan struktural. Analisisnya menempatkan pengalaman korupsi di Asia Tenggara dalam lintasan kolonialisme, patrimonialisme, dan kemunculan birokrasi. Salah satu bagian menarik di awal esai Wertheim terletak pada pembahasannya tentang VOC (Vereenigde Oostindische Compagnie) dan warisannya di Hindia Belanda. Lebih dari sekadar perusahaan dagang, VOC mengembangkan ciri-ciri yang menyerupai negara, lengkap dengan birokrasi, sistem perpajakan, dan praktik patrimonial. Ia menyoroti […] - [Isra’ dan Mi’raj: Perspektif Keadilan Hakiki dan Renungan Peribadi terhadap Islam Berkemanusiaan](https://jurnalsangpemula.com/isra-dan-miraj-perspektif-keadilan-hakiki-dan-renungan-peribadi-terhadap-islam-berkemanusiaan/): Isra’ dan Mi’raj melalui Perspektif Keadilan Hakiki Perbahasan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang jatuh pada 27 Rejab sering dikaitkan dengan pensyariatan kewajiban solat terhadap umat Islam. Di sisi yang lain, peristiwa ini juga memperlihatkan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang mengharungi perjalanan dari Mekah ke Baitulmaqdis, lalu ke Sidratul Muntaha, lalu kembali ke Mekah, semuanya dalam tempoh satu malam. Demikianlah pemaknaan Isra’ dan Mi’raj yang sering kita dengar. Namun demikian, permaknaan peristiwa ini sebenarnya boleh diperdalamkan lagi dengan adanya perspektif dan lensa yang berpaksikan keadilan terhadap golongan rentan dan marginal. Isra’ dan Mi’raj bukan sekadar perjalanan di mana solat lima […] - [Islamisme ialah Doktrin Peradaban: Kritikan Terhadap "Islamist Civilisationism In Malaysia"](https://jurnalsangpemula.com/islamisme-ialah-doktrik-peradaban-kritikan-terhadap-islamist-civilisationism-in-malaysia/): Pada tahun 2023, Syaza Shukri menerbitkan sebuah artikel dalam jurnal Religions yang menggambarkan Malaysia sebagai satu kes Islamist civilizationism. Dengan merujuk kepada literatur populisme peradaban, beliau berhujah bahawa politik Melayu-Muslim mewakili sebuah projek Islamis bagi mempertahankan peradaban, dan meletakkan Mahathir Mohamad sebagai tokoh utama dalam trajektori tersebut. Hujah beliau turut menempatkan UMNO, PAS dan ABIM sebagai sebahagian daripada kebangkitan Islam yang lebih besar, yang menggunakan idiom “peradaban” untuk mengukuhkan identiti Melayu-Muslim. Pada pandangan pertama, hujah ini kelihatan meyakinkan. Malaysia sememangnya menyaksikan agama digunakan dalam bentuk populis — dalam Gelombang Hijau, dalam retorik PAS mempertahankan Islam, dan dalam kegelisahan Melayu-Muslim yang […] - [Batas Demokrasi Ala Islamis: Pengajaran daripada Reaksi Balas Fatwa Terhadap Kes Sisters in Islam](https://jurnalsangpemula.com/batas-demokrasi-ala-islamis-pengajaran-daripada-reaksi-balas-fatwa-terhadap-kes-sisters-in-islam/): Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Sisters in Islam mencetuskan gelombang reaksi balas. Respons daripada aktor negara dan Islamis mendedahkan ia bukanlah usaha mempertahankan demokrasi Malaysia dan prinsip hak kenegaraan buat warganya, tetapi ia adalah manifestasi kepanikan untuk membentengi autoriti fatwa sebagai sebuah kuasa yang tidak boleh dituntut akauntabilitinya dalam mekanisme demokrasi Malaysia dan dipersoalkan etika moralnya.  Pengenalan: Keputusan SIS sebagai Ujian Kertas Litmus Demokrasi Malaysia Pada 19 Jun 2025, Mahkamah Persekutuan Malaysia memutuskan memihak kepada Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia), dengan menegaskan bahawa fatwa Selangor tahun 2014 yang mengisytiharkan liberalisme dan pluralisme sebagai sesat tidak boleh dikuatkuasakan terhadap […] - [Gender, Islamisme dan Autoritarianisme Feminin: Kekerasan yang Berbisik dalam Bahasa Keibuan](https://jurnalsangpemula.com/gender-islamisme-dan-autoritarianisme-feminin-kekerasan-yang-berbisik-dalam-bahasa-keibuan/): Dalam wacana arus perdana, perempuan sering diraikan sebagai simbol kemajuan, lebih ramai dalam politik, lebih lantang di media, lebih kelihatan di pentas kuasa. Namun di ruang yang lain yang lebih senyap dan lebih mendalam, wujud satu bentuk agensi perempuan yang jarang diperiksa: perempuan sebagai pelaksana ideologi, pengukuh autoritarianisme, dan agen pendisiplin moral. Mereka hadir bukan sebagai mangsa, tetapi sebagai enforcers;  mengawal, mengatur, dan menormalkan ketundukan melalui bahasa kelembutan yang kita kenal sejak kecil. Fenomena ini bukan kebetulan. Ia adalah sebahagian daripada struktur ideologi Islamisme di Malaysia, suatu projek epistemik yang memusatkan kebenaran, moral dan kuasa kepada sebuah tafsir tunggal tentang […] - [Nasib OKU dalam Filem Tegkang (2024)](https://jurnalsangpemula.com/nasib-oku-dalam-filem-tegkang-2024/): Terperangkap di Bario, Rinai merasakan kehidupannya umpama kerbau tertambat – dikongkong dan dikawal oleh penduduk kampung. Bermula dengan babak Ritap menghalang Rinai berbual-bual dengan Hanafi yang merupakan pelancong asing di bumi Bario, babak ini menjadi petunjuk keseluruhan filem Tegkang yang bergulat seputar isu pegangan hidup masyarakat suku kaum Kelabit, kepercayaan, kehendak dan impian, kehidupan masyarakat berkomuniti serta hak Orang Kurang Upaya (OKU). Memilih budaya suku kaum Kelabit, Josh Nawan mendatangkan sebuah filem yang sebenarnya pada pendapat saya agak berbeza daripada filem-filem “eksotik” yang lain. Sengaja saya letakkan pembuka-penutup kata pada kata eksotik kerana melihat budaya suku kaum berbeza ini sering […] - [Ibu Juga Yang Mereka Panggil Hingga ke Nafas Terakhir](https://jurnalsangpemula.com/ibu-juga-yang-mereka-panggil-hingga-ke-nafas-terakhir/): Terjemahan bebas artikel Nawal El-Saadawi yang tersiar dalam akhbar ‘Al-Masry Al-Youm’ pada 16 Disember 2019 Perempuan masih lagi membayar harga yang tinggi sehingga sekarang akibat anakronisme walaupun merekalah yang menemui huruf-huruf untuk dibaca dan diajari kepada sekalian manusia semenjak 7000 tahun lalu. Kita tidak pernah mendengarkan ‘Bahasa Ayahanda’ tetapi ‘Bahasa Ibunda’ digunakan kerana merekalah yang mengajarkan kita bertutur sejak dari lahir. Malah di ambang kematian, ibu juga yang dipangil-panggil. Dalam dunia perubatan, aku sendiri menyaksikan banyak kematian dari pelbagai bangsa dan mazhab, kalimah terakhir dari mereka ialah ‘Ibu’. Walaupun begitu, perempuan masih lagi dihalang daripada menulis dan berfikir sejak berabad-abad […] - [Menghargai Kearifan Lokal Melayu: Antara Mitos & Fakta](https://jurnalsangpemula.com/menghargai-kearifan-lokal-melayu-antara-mitos-fakta/): MITOS SEBAGAI TRADISI KEBUDAYAAN BANGSA Setiap bangsa yang wujud daripada sistem komuniti tradisional sememangnya memiliki mitos kebangsaan (national myth) yang tersendiri. Malah tidak dinafikan bahawa mitos kebangsaan ini adalah antara elemen yang menyempurnakan pembentukan sesebuah negara bangsa (nation state) disebabkan mitos itu mempunyai elemen kebudayaan dalam mitos itu memiliki naratif, kepercayaan, dan nilai norma tradisi yang membentuk sesebuah bangsa. Kalau dalam mitos Greek, ada kisah Sisyphus yang dihukum oleh dewa Zeus untuk menolak batu besar dari bawah bukit sehingga ke puncaknya disebabkan Sisyphus angkuh terhadap dewa Zeus. Kalau dalam mitos Jepun pula, ada sekumpulan dewa pertama yang digelar sebagai Kotoamatsukami […] - [Pak Kadok Yang Bodoh Atau Raja Yang Zalim?](https://jurnalsangpemula.com/pak-kadok-yang-bodoh-atau-raja-yang-zalim/): Cerita Jenaka Melayu bukan sekadar berfungsi sebagai hiburan pada khalayak bahkan ianya mampu menyampaikan pengajaran dan kritikan terhadap masyarakat. Cerita Jenaka seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai dan lain-lain jika hanya dilihat secara permukaan, kita hanya menumpukan perhatian kepada betapa dungunya dan tamaknya watak-watak ini.Ada beberapa sisi yang kita tidak renungkan atau biarkan tanpa diulas seperti struktur kekuasaan pada masyarakat dahulu dan relevannya dengan keadaan semasa. Mari kita lihat bersama-sama Cerita Pak Kaduk. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa Pak Kaduk adalah orang yang malang kerana kebodohannya. Acapkali juga nilai murni yang diucapkan untuk cerita ini ialah jangan […] - [Knives Out (2019): Homaj 'Whodunit' Buat Agatha Christie](https://jurnalsangpemula.com/knives-out-2019-homaj-whodunit-buat-agatha-christie/): INDUSTRI filem kebelakangan ini kurang mengeluarkan karya-karya ‘whodunit’ yang menarik bagi mereka yang sukakan genre ini. Usaha Rian Johnson selepas The Last Jedi (2017) ini mendapat kritikan yang positif dan ada beberapa media mengiktirafnya sebagai salah satu filem terbaik untuk tahun 2019. Secara ringkas, filem ini menceritakan tentang seorang penulis novel genre jenayah yang kaya bernama Harlan Thrombey (Christopher Plummer) telah ditemui mati di loteng rumahnya. Seorang penyiasat peribadi Benoit Blanc (Daniel Craig) berada di lokasi atas alasan bahawa beliau telah diupah oleh seorang individu misteri untuk menyelesaikan jenayah yang berlaku. Plot biasa dalam filem yang berkaitan dengan orang kaya, […] - [Bagaimana Membaca Munshi Abdullah?](https://jurnalsangpemula.com/bagaimana-membaca-munshi-abdullah/): Berbanding pengarang hikayat lain, ternyata seorang Munshi Abdullah boleh dikatakan antara pengarang hikayat yang memiliki keperibadian dan keperangangan yang amat kontroversial dan penuh dengan tafsiran. Dengan memerhatikan kontroversi yang melanda dirinya, maka kita boleh rumuskan kontroversi itu datang kepadanya dengan sebab: (1) Keterlibatan Munshi Abdullah dengan Inggeris, khususnya dengan kegiatan pendakwah Kristian; (2) Sikap kritisnya terhadap sosiobudaya masyarakat Melayu pada ketika itu; (3) Corak penulisan hikayatnya yang melawan arus tradisi hikayat-hikayat lain; (4) Mengajar Bahasa Melayu kepada bangsa kolonial yang dianggap sebagai menjual maruah dan rahsia bangsa; dan (5) Dianggap tidak autoritatif untuk berbicara tentang masyarakat Melayu ketika beliau lebih […] - [Senario Senario Banjir](https://jurnalsangpemula.com/senario-senario-banjir/): Disaat kita mengharapkan malapetaka ini tidak berlaku lagi, sayangnya ia berlaku. Setelah empat tahun diberikan Tuhan masa untuk melakukan perubahan, menyelesaikan masalah kemiskinan, sampah-sarap, lubang longkang yang kecil, namun kegagalan telah tiba apabila Kelantan sekali lagi dilanda bah. Selepas empat tahun, berita tentang bah yang telah membahayakan ribuan nyawa sehingga berlakunya evakuasi dari kawasan perdalaman ke kawansan-kawasan dewan yang terselamat mengingatkan aku kepada peristiwa pahit manis asam garam terperangkap di kawasan Matrikulasi hampir satu minggu atau lebih tanpa air, ada hari tiada eletrik, tiada makanan di cafe, tiada kelas kerana para pensyarah juga terperangkap untuk pergi dan balik ke Matrikulasi. […] - [5 Sebab Perkahwinan Bukan Kejayaan](https://jurnalsangpemula.com/5-sebab-perkahwinan-bukan-kejayaan/): Hari minggu seperti hari ni banyaklah jemputan perkahwinan yang perlu dipenuhi terutamanya menjelang cuti sekolah. Dalam mana-mana budaya masyarakat, perkahwinan adalah sesuatu yang normal. Begitu juga halnya dalam kerangka ideal masyarakat Melayu yang merasakan kehidupan normal seseorang manusia biasanya, belajar sehingga ke menara gading, memperoleh pekerjaan yang stabil dan seterusnya berkahwin dan beranak pinak. Kemudian, kitaran tersebut berulang kembali. Maka, mana-mana manusia yang terkeluar dari landasan perjalanan normal akan dianggap kurang dan terdapat sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Pertama, jika kita tidak disekolahkan maka benarlah kita kurang kerana pendidikan adalah keperluan yang patut diperolehi setiap manusia. Kedua, jika kita […] - [Feminisme Islam Bagi Yang Kurang Celik](https://jurnalsangpemula.com/feminisme-islam-bagi-yang-kurang-celik/): Terjemahan bebas daripada artikel asal bertajuk Islamic Feminisim For Dummies oleh Shanon Shah Soalan: BUKANKAH ISTILAH “FEMINISME ISLAM” ADALAH SIA-SIA? BUKANKAH ISLAM TELAH MEMBERIKAN PEREMPUAN HAK-HAK YANG SEBELUMNYA TIDAK PERNAH WUJUD? Jawapan: Al-Quran bukan sahaja memberikan hak kepada perempuan, tetapi juga mendesak peralihan paradigma dalam masyarakat manusia pada waktu turunnya wahyu. Namun begitu, selama berabad lama, ahli-ahli akademik, ulama dan pakar agama sering menafsirkan – mungkin dengan niat yang tulus – teks utama sedemikian rupa sehingga perempuan diperlakukan sebagai objek yang lebih rendah martabatnya. Akhirnya, penafsiran-penafsiran ini masuk ke dasar-dasar dan institusi-institusi negara-negara Muslim majoriti pada era pasca kolonial. Persimpangan […] - [Sejarah Yang Dipilih Pilih](https://jurnalsangpemula.com/sejarah-yang-dipilih-pilih/): SEJARAH tiada satu definisi yang tunggal. Setiap manusia mempunyai tafsiran mereka yang tersendiri. Ada yang mendefinisikan ia sebagai sesuatu yang berlaku di masa lampau sebagai pengajaran untuk masa sekarang, boleh jadi ia juga adalah satu harapan dan sebagai garis panduan untuk masyarakat hari ini agar hidup mereka lebih terpandu dan tersusun. Dalam dalam mendefinisikan ini juga, kita tidak boleh lari dari satu fenomena persaingan; antara sejarah kelompok mana yang akan dipilih dan dikedepankan. Di mana hari ini rata-rata sejarah yang diangkat majoritinya adalah sejarah dari golongan elit. Antara persoalan yang timbul di minda menghadiri syarahan di bengkel Dr. Azhar Ibrahim […] - [Membaca Muhammad Asad](https://jurnalsangpemula.com/membaca-muhammad-asad/): Oleh Basri M BUKU: Islam Di Persimpangan Jalan(Terjemahan Islam at the Crossroad) “Buku ini aku dedikasikan kepada generasi muda Islam hari ini dengan harapan ia memberi manfaat.”-Muhammad Asad (1900-1992) Beberapa tahun menjelang Perang Dunia II, Muhammad Asad menulis sebuah buku, Islam di Persimpangan Jalan. Kini, kita sudah memasuki abad ke-21, sementara dunia Islam belum banyak beranjak dari posisinya di persimpangan jalan. Sukar sekali bagi umat yang mengaku percaya pada Al-Quran ini untuk meninggalkan persimpangan itu. Buku Islam Di Persimpangan Jalan ini adalah merupakan buku terjemahan daripada karya asal Muhammad Asad yang bertajuk ‘Islam at the Crossroad’ yang diterbitkan di Delhi […] - [Sisi-Sisi ISMA yang Ramai Orang Tidak Tahu](https://jurnalsangpemula.com/sisi-sisi-isma-yang-ramai-orang-tidak-tahu/): Aku berpeluang menghadiri sidang dialog bersama orang-orang besar ISMA. Dialog ini dihadiri oleh audien berlatarbelakangkan pelbagai agama dan juga kumpulan ‘liberal’. Penganjur sememangnya berniat untuk mempertemukan wakil dua kelompok ini, bagi membolehkan mereka saling mendengar apa-apa yang mahu diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak untuk sesama sendiri. Ternyata, duduk mendengar naratif-naratif serta idea-idea mereka adalah bukanlah satu ujian yang calang-calang. Tidak sampai 10 minit sudah panas telinga. Apa yang disampaikan adalah seputar naratif yang sangat mahukan ‘pengawalan’ atas nama hormatkan Perlembagaan dan undang-undang. Dan memang diakui kenyataan mereka itu sengaja dibuat dengan nada yang ‘agak’ keras kerana apa yang mereka maksudkan […] - [Joker & Matinya Kepedulian Sosial dalam Masyarakat Toksik](https://jurnalsangpemula.com/joker-matinya-kepedulian-sosial-dalam-masyarakat-toksik/): Ini bukanlah sebuah esei tentang ulasan filem sangat. Ini adalah esei dalam membicarakan soal kepedulian sosial yang tidak bersikap untuk peduli, sehingga seorang Arthur Fleck lahir menjadi seorang Joker untuk mempertahankan hak dirinya sebagai salah seorang daripada warga sosial untuk hidup sama seperti orang lain dengan segala kekurangan yang ada pada dirinya. Anda mungkin belum lagi menonton filem Joker, tapi tidak akan menghalang anda untuk memahami esei saya ini. Jangan risau, saya akan cuba meminumkan “spoiler”, kerana tujuan saya bukan untuk mengulas filem ini. Saya ingin berbicara tentang soal kepedulian sosial itu dalam kewujudan masyarakat toksik yang tanpa kita sedari. […] - [Fenomena (1990): Anak Muda Selalu Salah](https://jurnalsangpemula.com/fenomena-1990-anak-muda-selalu-salah/): Anak muda sekarang mungkin tidak pernah menonton filem pertama arahan Aziz M.Osman ini. Dengan filem ini, beliau berjaya merangkul anugerah Pengarah Baru Harapan di Festival Filem Malaysia 1991. Fenomena mengisahkan tentang Isabella (Ramona Rahman) anak kepada Encik Howell yang merupakan pengurus lombong besi di Terengganu. Semasa Isabella lahir, dia kerap menangis dan sukar untuk diberhentikan. Wak Labib (Abu Bakar Omar) kemudian cuba merawat Isabella hinggalah dia tidak lagi menangis dan sihat seperti anak kecil biasa. Encik Howell kemudian pulang ke London. Selepas beberapa tahun berlalu, Isabella di dapati tidak berpeluang untuk hidup lama dan menurut doktor-doktor di England, dia hanya […] - [A Samad Ismail: Dari Wartawan Ke Negarawan](https://jurnalsangpemula.com/a-samad-ismail-dari-wartawan-ke-negarawan/): Peranan dwifungsi dari golongan wartawan sebelum merdeka dahulu sebagai penulis, dan sebagai ahli politik, lahir dari sifatnya sebagai jurubicara membela nasib bangsanya… Tulisannya dimaksukan memperkuat dan memperjelas, menyaring dan melaungkan percakapannya atau pidatonya atau agitasinya… Mereka terpaksa membangkitkan rakyat daripada tidur lena, mempertajam kesedaran mereka dan mencetuskan keinginan mereka untuk mengubah nasib mereka. – A. Samad Ismail A. Samad Ismail adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam sejarah intelektual dan kesusasteraan Melayu, terutamanya di Singapura dan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 18 April 1925 (1924 menjadi tarikh rasmi di atas dokumen kerana kebiasaan pada ketika itu di mana keluarga akan mengisytiharkan […] - [Hari Natal, Rasuah dan Malang Kerangka Fikir Juz'iyyat](https://jurnalsangpemula.com/hari-natal-rasuah-dan-malang-kerangka-fikir-juziyyat/): Pada tahun 2020, kita masih tidak lepas daripada polemik ‘halal haram’ Krismas lagi. Dari sekecil-kecil isu mengucapkan ‘Merry Christmas’ dan Selamat Hari Natal, kepada bertukar-tukar hadiah, meraikan bersama-sama teman dan keluarga beragama Kristian sehinggalah kepada memakai topi Santa Claus dan memasang pokok Krismas. Itu sahajalah taraf kita beragama, setiap kali musim perayaan agama lain, kerjanya kita orang Islam di Malaysia ini menjadi polis moral mengawasi tatacara orang Islam lain mengendalikan kehidupan mereka dalam menanggapi perayaan-perayaan agama lain. Tidak terlepas daripada kritikan dan pengawasan moral adalah selebriti-selebriti terkenal dalam dan luar negara. Kita telah didedahkan dengan sindiket rasuah kartel daging syubhah […] - [Sumpahan Voltaire Kepada Agamawan Penguasa](https://jurnalsangpemula.com/sumpahan-voltaire-kepada-agamawan-penguasa/): Pada tahun 1764, Voltaire (1694-1778) telah menerbitkan sebuah kamus ensiklopedia iaitu Dictionnaire Philosophique (Philosophical Dictionary). Voltaire seperti yang kita semua sedia maklum, merupakan tokoh era pencerahan yang tulisan-tulisannya adalah antara yang telah mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun 1789. Dalam kamus ensiklopedia tersebut, terdapat lebih kurang 74 buah artikel yang tajuk-tajuknya disusun berdasarkan urutan abjad. Antara artikel yang terdapat di dalamnya ialah Justice (Keadilan), King (Raja), Liberty (Kebebasan), Morality (Moraliti), Power (Kuasa), dan lain-lain lagi. Walaupun ia dipanggil sebagai kamus ensiklopedik, tapi setiap artikel itu tidak bertujuan sebagai kamus pun sebenarnya, tetapi lebih kepada himpunan esei-esei Voltaire yang mengkritik kebobrokan institusi […] - [Polemik Islam dan Daulah: Kesalahan Fatal Islamis yang Mencelakakan Umat](https://jurnalsangpemula.com/polemik-islam-dan-daulah-kesalahan-fatal-islamis-yang-mencelakakan-umat/): Persoalan negara Islam adalah persoalan yang paling mudah mencetuskan reaksi kafir-mengkafir di Malaysia. Amat sukar untuk seseorang Melayu muslim mengatakan negara Islam itu tidak perlu dan tidak boleh melainkan bakal mendapat cemuhan kafir, sekular atau paling tidak jelingan skeptik orang yang mendengar. Idea negara Islam wujud berpunca daripada doktrin Islam adalah agama dan daulah, dan ia adalah pemisah ketara antara kelompok Islamis dan kelompok-kelompok muslim lain yang tidak sehaluan pemikiran dengan mereka, baik konservatif, tradisionalis, sekular dan liberal. Ciri negara Islam yang paling utama adalah tertegaknya undang-undang syariah secara penuh iaitu hudud, qisas dan takzir. Sesuatu negara itu tidaklah dipanggil […] - [Menyanggah Feudalisme dalam Tafsiran Sejarah](https://jurnalsangpemula.com/menyanggah-feudalisme-dalam-tafsiran-sejarah/): Ketika zaman sekolah, saya adalah tipikal pelajar yang melihat buku teks sejarah itu adalah seperti bantal tidur yang mengulitkan. Lembaran fakta-fakta perihal perkara-perkara yang lampau seringkali membuatkan saya tertanya-tanya, “Apakah gunanya belajar perkara yang lepas ketika masih banyak perkara hadapan yang perlu difikirkan?” Saya seringkali tidak berpuas hati dengan ungkapan masyhur yang sering diulang-ulang, “Orang yang tidak belajar sejarah pasti akan mengulangi sejarah”. Masakan begitu, sedangkan kita sendiri sekarang ini adalah hidup di atas pengulangan sejarah. Sejarah itu adalah seperti pita rakaman, yang terus diulang di tempat dan waktu yang berbeza. Ceritanya barangkali berbeza; wataknya sudah tentu lain; tapi fakta-fakta […] - [Kecelaruan Masyarakat Terhadap Faham Agama yang Dibirokrasikan](https://jurnalsangpemula.com/kecelaruan-masyarakat-terhadap-faham-agama-yang-dibirokrasikan/): Satu perkara dalam era pascakolonialisme yang mempengaruhi pemikiran ramai orang adalah kaburnya penilaian dalam memahami hakikat faham agama yang sebetulnya kerana agama yang difahami adalah faham agama berdasarkan sistem keagamaan yang telah dibirokrasikan. Kekaburan ini mulai wujud apabila era kolonial telah mewujudkan suatu sistem pentadbiran kekuasaan yang telah mencampur adukkan sekali urusan keagamaan ke dalam hal ehwal pentadbiran. Agama telah diinstitusikan dan pengurusan keagamaan itu datang daripada para birokrat. Lantikan birokrat itu mungkin dilantik daripada orang-orang yang ahli dalam ilmu agama, tetapi apabila sudah dilantik sebagai seorang birokrat, maka psikologi birokrat akan lebih menumpu dalam memikirkan bagaimana untuk menstrukturkan pengurusan […] - [Bagaimana Menjadikan Penjahat Rasuah Tiba-Tiba Suci?](https://jurnalsangpemula.com/bagaimana-menjadi-penjahat-rasuah-tiba-tiba-suci/): Oleh Faisal Tehrani INI mungkin sebuah tulisan yang sukar saya tulis, entah kenapa. Saya harus melakukannya, kerana saya percaya kita bukan sahaja melawan tirani, tetapi juga kita harus melawan ketidakadilan diri sendiri. Terdapat beberapa iktibar yang boleh diambil hasil dari perlawanan Maria Ressa, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2021 dari Filipina dengan Facebook. Ya, Facebook. Pelajaran itu antara lain adalah kita melawan dengan kebertanggungjawaban. Ya, melawan juga ada tanggungjawab. Apabila Maria Ressa menentang Presiden Duterte di Malacanang, beliau ikut bertempur dengan Facebook. Kata Ressa: “Ia adalah mengenai Mark Zuckerberg dan Facebook, iaitu internet kita.” Duterte sedang menggabungkan ‘perang dadahnya’ dengan operasi […] - [Surau Haji Salleh: Ulasan Cerpen Robohnya Surau Kami](https://jurnalsangpemula.com/surau-haji-salleh-ulasan-cerpen-robohnya-surau-kami/): Ketika berbual-bual dengan Ajo Sidi, ada selimut kemanusiaan dan kepedulian sedang memeluk tubuh sambil menghangatkan ia yang sedang menggigil ditiup angin keresahan. A.A. Navis melakar Robohnya Surau Kami dengan satu analogi yang mencairkan kerasnya batu kepedulian dalam kepala manusia-manusia yang sudah khayal dengan candu agama. Semakin kita berlari dalam penafian, semakin kita ditarik ke dalam satu lembah kebenaran. Hari ini, agama itu candu. Dan Karl Marx tidak menipu. Haji Saleh barangkali menjadi sanjungan orang-orang. Hari ini, sepertinya orang-orang macam Haji Saleh bakal mendapat tempat di singgahsana dunia. Disaluti emas dan berlian lalu dicumbui gadis-gadis perawan. Di mata orang-orang, Haji Saleh […] - [Melawan Rasuah dengan Seni](https://jurnalsangpemula.com/melawan-rasuah-dengan-seni/): Dalam buku Rasuah: Sifat, Sebab Dan Fungsi, Syed Hussein Alatas telah menjelaskan dengan terperinci tentang rasuah sebagai punca utama kepada keruntuhan empayar Rom dan China. Rasuah mungkin bukanlah satu-satunya penyebab, tetapi pada akhirnya kesemua faktor tersebut akan berbalik dan bertumpu kepada punca rasuah yang menyebabkan segala-galanya musnah. Sosiologis ulung negara itu telah mendefinisikan makna rasuah dengan sistematik dan menyeluruh dalam menganalisis permasalahan rasuah supaya permasalahan ini dapat difahami sehingga ke akarnya. Sebabnya, apabila rasuah sudah menjadi budaya, maka ia mewujudkan suatu pemikiran pesimistik dalam kalangan masyarakat sehingga sampai pada tahap sikap pasrah yang kronik sehingga merasakan bahawa sesuatu kerja tidak […] - [Seruan Kemerdekaan Abu Dzar Al Ghifari daripada Jiwa Hamba](https://jurnalsangpemula.com/seruan-kemerdekaan-abu-dzar-al-ghifari-daripada-jiwa-hamba/): Sesudah saya membaca buku And Once Again Abu Dzar yang ditulis oleh Ali Syariati, saya terdengar hembusan nafas perlawanan sosial yang kuat dan detak kencang nyali jeritan Abu Dzar yang menggegarkan. Sosiologis ulung Iran itu begitu halus menintakan kisah, sehingga saya merasakan sedang melihat Abu Dzar dengan muka tajamnya mengherdik para penguasa dan kapitalis yang senang-lenang mempergunakan kuasa dan mengumpulkan harta daripada jerih usaha rakyat jelata yang rata-ratanya miskin kedana. Abu Dzar yang juga dikenali sebagai sebagai Abu Dzar al-Ghifari itu ribuan tahun lampau adalah bersendirian dalam perlawanannya membela orang miskin sesudah kewafatan baginda Nabi SAW kerana di sekelilingnya adalah […] - [Sudah Merdeka di Jasad, Harus Bebas di Akal](https://jurnalsangpemula.com/sudah-merdeka-di-jasad-harus-bebas-di-akal/): “𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘦 𝘰𝘶𝘳𝘴𝘦𝘭𝘷𝘦𝘴; 𝘦𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘦 𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦, 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘰𝘱𝘶𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘯 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭, 𝘵𝘰 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘧𝘦𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘪𝘨𝘯𝘰𝘳𝘢𝘯𝘤𝘦, 𝘵𝘰 𝘦𝘭𝘪𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘦 𝘭𝘪𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘣𝘺 𝘭𝘪𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘶𝘣𝘫𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝘯𝘢𝘵𝘶𝘳𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘯𝘢𝘵𝘶𝘳𝘢𝘭 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦𝘴 𝘸𝘩𝘪𝘤𝘩 𝘰𝘶𝘳 𝘦𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘺 𝘩𝘢𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘺𝘦𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳𝘦𝘥.” (Amilcar Cabral) Kemerdekaan merupakan perkataan yang membawa maksud kebebasan atau juga kerap digelarkan sebagai emansipasi dan liberalisasi. Namun terkadang perkataan kebebasan apatah lagi pembebasan mencetuskan alergik disebahagian pembaca terutamanya pada kelompok nasionalis kanan dan juga Islamis kononya membawa konotasi yang tidak baik. Bebas bagi mereka adalah tercabut dari akarnya, melakukan apa saja atas keserakahan diri. Kadangkala juga definisi kemerdekaan itu jatuh pada takrifan yang sangat enteng. Misalnya […] - [Kartini dan Perkahwinan](https://jurnalsangpemula.com/kartini-dan-perkahwinan/): Berpimpinan, berpelukan dan berbahagia dengan pasangan yang kita cintai adalah hal yang menyenangkan. Bahagia dan membahagiakan. Cinta dan mencintai. Sayang dan menyayangi. Rindu dan merindui. Perkahwinan adalah pilihan. Sedang cinta tidak boleh dipaksakan. Hidup ini bukan tentang Full House. Atau Vanilla Coklat. Ia lebih gelap dan kadangkala memeritkan. Kalau ada perempuan yang memilih untuk berkahwin, bererti ada perempuan yang memilih untuk tidak menjadi isteri. Perkahwinan adalah pilihan. Dan dikahwini juga adalah pilihan. Kalau perkahwinan dipaksakan tanpa kerelaan perempuan – ia satu kezaliman. Kartini dikurung dalam ruang adat yang tidak berpintu. Tidak berpintu, tidak berjendela, tidak satu pun membenarkan Kartini keluar […] - [Khatijah Sidek: Jiwa dan Pemikiran](https://jurnalsangpemula.com/khatijah-sidek-jiwa-dan-pemikiran/): Jujurnya, sepanjang saya membesar jarang sekali saya mendengar Khatijah Sidek disebut-sebut. Baik dalam sejarah perdana – sejarah kanan, mahupun sejarah kiri. Mana-mana pihak pun belum berlaku adil terhadap seorang Khatijah. Ini sebuah tuduhan. Dan tidak saya nafikan, barangkali sayalah yang pekak pengetahuan, sedang Khatijah cuma hadir dalam jurnal akademik demi sebuah pengiktirafan. Atau mungkin, akui sahaja – dunia ini serba lelaki. Di belakang Abdul Rahman yang menjulang merdeka, ada Khatijah yang mahu bangga dengan perjuangannya bersama – dalam keramaian – di Stadium Merdeka. Fikirannya sering ditolak, langkahnya juga sering disadung iri hati dan kemunduran fikiran dalam kepimpinan. Juga – sebagai […] - [Mencari Titik Temu-Penyatuan Melalui Perkongsian Pengalaman](https://jurnalsangpemula.com/mencari-titik-temu-penyatuan-melalui-perkongsian-pengalaman/): JEJAKA bersolidariti bersama mangsa-mangsa banjir dengan memulakan misi bantuan amal banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun lepas. Usaha yang dikendalikan awalnya dengan panggilan sukarelawan untuk membersihkan rumah mangsa terlibat, pengagihan bakul bantuan dan bantuan psikologi pasca banjir, akhirnya membuahkan semangat kekitaan dikalangan mereka. “…. Pengurusan yang diketuai oleh pihak JEJAKA sangat terpuji. Walaupun pihak mereka mengendalikan sukarelawan dalam bilangan yang ramai, misi bantuan banjir masih berjalan dengan lancar. Makanan disediakan untuk sarapan pagi, tengah hari dan juga makan malam. Ubat-ubatan juga diberi untuk para sukarelawan untuk menjaga kesihatan setelah siap membersihkan kawasan yang tercemar dengan […] - [Fetishme Pujian Lebih Dari Memberdaya Insan](https://jurnalsangpemula.com/fetishme-pujian-lebih-dari-memberdaya-insan/): “To my mind, anyone who does not realize this curious moral situation of the masses can understand nothing of what is today beginning to happen in the world” – Jose Ortega y Gasset BAH besar yang melanda pada 17 Disember 2021 yang lalu antara peristiwa yang tragis pernah berlaku dalam lipatan sejarah kita. Anak kecil menangis ketakutan, warga emas yang lumpuh dipapah keluar dari banjir juga keluarga yang terperangkap di atas bumbung rumah berhari-hari menunggu bekalan makanan dan penyelamat untuk membantu mereka. Kaca Tv, radio dan media sosial tak putus-putus berkongsi tentang keadaan yang terjadi. Cemas dan sangat menyentuh hati. […] - [Daripada Parasite (2019) kepada Parasit Banjir 2021](https://jurnalsangpemula.com/daripada-parasite-2019-kepada-parasit-banjir-2021/): Dalam filem Parasite (2019) arahan Bong Joon-ho, cuba perhatikan perbezaan demografi kawasan yang didiami oleh keluarga Kim Ki-taek yang miskin dan keluarga Park Dong-ik yang kaya. Keluarga Kim Ki-taek tinggal di kawasan pangsapuri separuh bawah tanah, manakala keluarga Park Dong-ik tinggal di kawasan tanah tinggi. Sewaktu hujan lebat pada malam tersebut, setelah Kim Ki-taek bersama dua orang anaknya berjaya keluar daripada rumah Park Dong-ik untuk pulang ke pangsapurinya, Kim Ki-taek sampai dalam keadaan kawasan tersebut huru-hara apabila semua orang di kawasan tersebut berhempas pulas untuk mengeluarkan air daripada kawasan perumahan masing-masing dan berusaha menyelematkan barang-barang mereka. Kawasan penempatan rumahnya mula […] - [Ketuanan Islam di Bulan Ramadan](https://jurnalsangpemula.com/ketuanan-islam-di-bulan-ramadan/): Bukan sukar untuk kita ketemukan perihal ketuanan Islam kini di akhbar atau media sosial. Setiap hari akan adanya individu atau kumpulan yang menciptakan rasa kegusaran dan ketakutan kepada umat Islam lainnya. Perbahasannya akan berhujung pada Islam sudah terancam dan maruah Melayu sedang digadaikan. Hal ini telah menunjukkan bahawa idea ketuanan Islam yang mereka cuba pasakkan lama-kelamaan sudah meresap dalam pemikiran sebilangan masyarakat. Selepas itu, berbondong-bondonglah masyarakat terpancing dengan sentimen ini yang kebanyakan digerakkan oleh lasykar siber. Paling menggusarkan sekiranya idea ini dijelmakan pada publik terutama sekali kepada murid-murid sekolah. Apakah yang akan terjadi pada sebuah tatanan masyarakat yang merangkumi masyarakat […] - [Teladan Nabi, Keadilan Berdiri dan Ajuan Ali Shariati](https://jurnalsangpemula.com/teladan-nabi-keadilan-berdiri-dan-ajuan-ali-shariati/): Perjuangan para Nabi ialah untuk menegakkan kemanusiaan dengan berdirinya keadilan, kebebasan, kemerdekaan, selain tentunya seruan tunduk beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa. Betapa lagi pada Riwayat Nabi Besar kita, Muhammad, SAW. Sosok Baginda, sebelum diangkat menjadi Nabi, digelar Al Amin, yakni peribadi yang terpercaya dan beramanah. Nabi Muhammad, dari seawal hayatnya, berdiri berpihak kepada orang yang terlantar, para hamba abdi, juga janda dan anak-anak yatim dan fakir miskin. Paling jelas dalam tradisi keagamaan kitam sosok watak Nabi bukan beralim-aliman yang hanya beribadat sepanjang waktu seperti rahib atau pertapa. Nabi turun padang, bekerja dan selalu di pusaran kehidupan masyarakat. Perjuangan para […] - [Feminisme Bukan Gelombang: Kesedaran, Diskriminasi, dan Lensa Korektif](https://jurnalsangpemula.com/feminisme-bukan-gelombang-kesedaran-diskriminasi-dan-lensa-korektif/): Pendahuluan: Jerat persoalan Gelombang Feminisme Apabila feminisme dibincangkan di Malaysia, soalan yang sering berulang ialah: feminisme ini tergolong dalam gelombang yang mana? Adakah ia gelombang pertama, kedua, ketiga, atau keempat? Pertanyaan sebegini kelihatan mudah, tetapi sebenarnya ia adalah jerat yang membuat feminisme sentiasa perlu mempertahankan diri. Ia mengalihkan perbincangan daripada inti feminisme iaitu kesedaran dan perjuangan melawan diskriminasi kepada soal kategori, label, dan kotak. Penolakan feminisme di Malaysia sering bermula di sini: dengan menyoal feminis dengan “ anda adalah wave mana,” lalu mencari kelemahan setiap gelombang sebagai alasan untuk menolak keseluruhannya. Gelombang pertama dikatakan terlalu liberal, gelombang kedua terlalu marah, […] - [Cadangan Penamaan Semula Bunga Rafflesia: Antara Dekolonisasi dan Realiti](https://jurnalsangpemula.com/cadangan-penamaan-semula-bunga-rafflesia-antara-dekolonisasi-dan-realiti/): Cadangan untuk menukar nama bunga Rafflesia (Bunga Pakma dalam Bahasa Melayu) kepada nama tempatan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal atas dasar dekolonisasi telah menimbulkan pelbagai perbahasan. Walaupun niatnya mungkin baik untuk mempromosikan pengetahuan tempatan, pendekatan ini dilihat kurang praktikal dan berpotensi menimbulkan kekeliruan, malah mungkin tersasar daripada matlamat sebenar dekolonisasi atau penyahjajahan ilmu. Menurut Dr. Zulhazman Hamzah, seorang pakar ekologi dan taksonomi tumbuhan dari UMK, sebarang usaha menukar nama bunga Rafflesia di peringkat kebangsaan akan bercanggah dengan sistem penamaan spesies yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Komuniti saintifik global menggunakan sistem nomenklatur binomial yang standard dan seragam. Penukaran nama […] - [Cara Sains Sosial Menanggapi Masalah Ekologi: Wawancara Bersama Ahli Pengajian Strategi](https://jurnalsangpemula.com/cara-sains-sosial-menanggapinya-masalah-ekologi-wawancara-bersama-ahli-pengajian-strategi/): Pada 15 hingga 22 Julai yang lepas, jaringan penyelidik antarabangsa ASEAN-China Norms telah mengadakan Summer School 2025 dengan tema ‘The ecological shift in Southeast Asia Competing norms, national policies, local practices’ di Terengganu. Program ini dihoskan oleh Institut Pondok Perancis, sebuah badan pemikir di bawah Kedutaan Perancis di Malaysia. Landskap ekologi Asia Tenggara telah mengalami perubahan besar didorong oleh perubahan ekonomi dan politik serantau. Negara-negara dalam Asia Tenggara banyak yang masih membangun dan mereka mengamalkan ekonomi ekstraktif sebagai sumber ekonomi tempatan. China juga menjadi aktor dominan di rantau ini dengan pelaburan dalam sektor ekstraktif terutamanya perlombongan. Dan ini menyumbang banyak […] - [Manifestasi Kemiskinan Dalam Novel Salina](https://jurnalsangpemula.com/manifestasi-kemiskinan-dalam-novel-salina/): Novel Salina merupakan novel yang malar segar dan dicari-cari penggemar buku-buku sastera. Malahan, 2020 ini Malaysia meraikan 60 tahun kemunculan Salina dalam persada buku. Menarik lagi, ramai yang berkejaran mendapatkan novel sasterawan negara ini. Penulis masih ingat akan kata seorang gurunya. “Bacalah Salina. Salina adalah bacaan yang bagus dan buat kau tak tidur malam”. Soalnya, ada apa dengan Salina? Apa bicara Salina yang sehingga kini dicari-cari? Salina mungkin sudah 60 tahun. Namun, ungkap bicaranya masih mengejar dan belum lemas dalam lautan zaman. Salina membawa latar masyarakat proletar yang hidup dalam gelung masyarakat kampung. Dan bicara tentang hal realiti ini membawa […] - [Pilihan Buku Kumpulan Bacaan Perempuan](https://jurnalsangpemula.com/pilihan-buku-kumpulan-bacaan-perempuan/): Kumpulan Bacaan Perempuan JSP (sesi 2023-2024) diadakan bertujuan untuk memberdaya teman-teman perempuan melalui literasi dan diskusi. Melalui enam tema utama, yakni kesetaraan gender dalam Islam, figura feminis Nusantara, gagasan penulis perempuan, fiksi dan karya kreatif, penulisan akademik, serta suara pemikir/aktivis perempuan kontemporari Malaysia, kumpulan bacaan ini ingin mendorong pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu perempuan dan feminisme. Kumpulan ini diharap dapat menjadi ruang bagi teman-teman perempuan untuk saling belajar, berbagi, dan tumbuh bersama. Berikut adalah 15 bacaan yang telah dibincangkan dalam kumpulan bacaan ini. Qira’ah Mubadalah Dalam perspektif mubadalah, tafsir keagamaan maupun praktik keberagamaan tidak boleh dijadikan landasan dominasi salah […] - [Memberdaya Demokrasi Alam Sekitar: Hak Rakyat Untuk Maklumat dan Pembuatan Keputusan](https://jurnalsangpemula.com/memberdaya-demokrasi-alam-sekitar-hak-rakyat-untuk-maklumat-dan-pembuatan-keputusan/): Demokrasi sering kali disalah anggap sebagai sekadar tugas lima tahun sekali iaitu ketika pemilihan wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Namun, demokrasi yang sejati jauh lebih mendalam daripada itu. Ia adalah prinsip hidup dan amalan harian yang memberi kuasa kepada orang ramai untuk bersama-sama membentuk hala tuju masyarakat mereka. Wakil rakyat hanyalah cerminan suara kita, bukannya penentu tunggal. Justeru, amalan demokrasi yang sebenar mesti berlandaskan pembedayaan masyarakat melalui penyertaan aktif dalam proses pembuatan keputusan. ‘Pembangunan’ yang didukung oleh keputusan sehala tanpa disertai orang ramai sering kali merobek alam sekitar. Dipandu oleh keinginan untuk memperoleh keungtungan segera supaya […] - [Hijrah Bukan Cerita Tapi Jalan yang Dilalui ](https://jurnalsangpemula.com/hijrah-bukan-cerita-tapi-jalan-yang-dilalui/): ( Menyambut 1 Muharram 1447 H) Di awal malam yang sunyi, bulan sabit menggantung rendah di langit, seolah menatap manusia dengan sabar— dan bertanya dalam diam: “Apakah kau siap untuk berjalan kembali?” Muharram bukan sekadar angka, bukan cuma almanak yang diganti tinta. Ia adalah lorong sunyi, yang mengantar jiwa kembali pada sumbernya: pada niat yang sempat terlelap, pada cita yang pernah hampir padam. Hijrah bukan sekadar berpindah kota, bukan tentang Makkah atau Madinah, tapi tentang keberanian menanggalkan selimut lama yang penuh debu kesalahan dan kealpaan, untuk mengenakan pakaian baru dari tekad dan doa. Karena sejatinya, musuh terbesar manusia bukan musuh di […] - [Jalan Raya dan Keterasingan: Anak Gajah, Anggota FRU dan Pelajar UPSI](https://jurnalsangpemula.com/jalan-raya-dan-keterasingan-anak-gajah-anggota-fru-dan-pelajar-upsi/): Belum habis kita berduka atas kematian anak gajah yang dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan dilanggar oleh lori membawa muatan batu di Teluk Intan pada bulan Mei lalu. Sebulan selepas itu, seluruh negara terkejut dengan kematian 15 pelajar UPSI setelah bas yang dinaiki mereka untuk pulang ke UPSI gagal dikawal dan kemalangan di Jalan Raya Timut-Barat Gerik-Jeli. Kemalangan melibatkan kenderaan berat di negara ini bukanlah kes terpencil, hampir setiap hari kita melihat di media sosial rakaman-rakaman dari dashcam kenderaan yang menjadi saksi akan […] - [Buruh Tangguh Kemanusiaan Menyuluh](https://jurnalsangpemula.com/buruh-tangguh-kemanusiaan-menyuluh/): Kalaulah cukup suluh pelita Malam gelap menjadi terang Kalau hidup sungguh bekerja Dalam penat hati kan senang Pada tanggal 1 Mei, seluruh dunia menyambut Hari Buruh atau Hari Pekerja. Ia suatu pengiktirafan dan penghargaan sejagat, sama ada dari pemerintah dan rakyat. Tanggal ini  juga menjadi cuti awam bagi kebanyakan negara.  Penghargaan kepada buruh adalah penghargaan kepada Manusia yang Kerja. Pramoedya Ananta Toer, pernah menyebut: “Berterimakasihlah pada segala yang memberi kehidupan.” Seiras dengan sahutan Masuri S N dalam puisi “Ini Nasi Yang Kusuap”.  Petani yang hilang tanah, banyak yang menjadi buruh kasar untuk perladangan yang dipunyai pemodal yang kekayaan mereka tidak […] - [Yang Mengajar Tapi Tidak Ditulis: Perempuan dan Kehilangan Makna dalam Warisan Intelektual Islam](https://jurnalsangpemula.com/yang-mengajar-tapi-tidak-ditulis-perempuan-dan-kehilangan-makna-dalam-warisan-intelektual-islam/): Kenapa warisan tradisi agama ini dimonopoli oleh patriarki dan misogini? Mengapa begitu banyak pandangan dalam teks keagamaan memihak kepada lelaki, menundukkan perempuan, dan meminggirkan mereka yang lemah? Kenapa agama yang sepatutnya membela keadilan akhirnya menjadi alat untuk memperkukuh subordinasi dan beban ganda ke atas perempuan? Esei ini cuba merungkai bagaimana akal perempuan telah diketepikan dalam warisan tradisi intelektual agama, serta bagaimana struktur keilmuan yang ada telah mengekalkan dominasi penciptaan makna oleh lelaki sambil meminggirkan sumbangan sebenar perempuan dalam penciptaan dan penghasilan ilmu. Sepanjang sejarah Islam, nama-nama tokoh ulama perempuan seperti Sayyidah Nafisah, ‘Aishah binti Abu Bakr, Sukaynah dan ramai lagi […] - [Hari Mulia Perenungan](https://jurnalsangpemula.com/hari-mulia-perenungan/): Hari Raya kebesaran Syawal Mohon maaf sepuluh jari Carilah kemuliaan akhir dan awal Mulakan kasih santun peduli Mohon maaf sepuluh jari Zahir Batin terlafaz ikhlas Hari yang baik sama peduli Sepanjang hidup ia membekas. Tradisi Raya boleh dianggap sebagai “hari besar” bagi masyarakat Melayu. Memangpun Raya adalah sambutan keagamaan, namun cara ia disambuti sangat dipengaruhi oleh kebudayaan yang mewarnai kehidupan masyarakat Islam masing-masing. Pastinya Muslim di Eropah, Afrika, dunia Arab, benua kecil India, Asia Utara, dan Asia Tenggara menyambut Aidilfitri dengan cara masing-masing baik dalam segi makanan yang hidup, pakaian, hiasan dan keramaiannya.  Inilah yang menjadikan dunia Islam itu sendiri […] - [Tradisi Berselawat dan Memanjangkan Berkat](https://jurnalsangpemula.com/tradisi-berselawat-dan-memanjangkan-berkat/): Dalam banyak amalan dan upacara keagamaan dan kebudayaan umat Islam, pastinya akan kita mendengar akan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. Bagindalah Junjungan yang kita kasihi. Dalam tradisi Islam dari pelbagai bentuk pemikiran dan amalan, telah mengungkapkan rasa kecintaan yang besar kepada Nabi akhir zaman ini.  Dalam kehidupan seharian kita, selain menyebut Bismillah kita juga dianjurkan membacakan selawat sebelum kita memulakan atau melakukan sesuatu kerja. Itulah yang kita diasuh semenjak kecil oleh orang tua kita.  Berselawat dalam tradisi Islam bermakna suatu bentuk doa dan pujian kepada Junjungan Nabi. Malah ada tiga jenis selawat, yakni selawat dari Allah, dari […] - [Obsesi Tudung dan Inklusiviti Salah Alamat](https://jurnalsangpemula.com/obsesi-tudung-dan-inklusiviti-salah-alamat/): Dalam sebuah perkongsian yang baru-baru ini tular, seorang wanita menceritakan pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan bagaimana beliau berkeras mahu memakai tudung hingga ke dewan pembedahan (OT). Kejayaan mengekalkan tudung ini dianggap sebagai satu pencapaian moral yang memberikan ketenangan dan “menjaga aurat.” Namun, apa yang mengejutkan bukan sekadar permintaan tersebut, tetapi bagaimana ia diraikan sebagai satu kemenangan moral, tanpa mengambil kira keutamaan keselamatan pesakit dan prosedur steril dalam OT.  Isu ini menimbulkan persoalan yang lebih besar—sejauh mana kita memahami konsep inklusiviti dan keadilan dalam konteks perkhidmatan awam, khususnya dalam sistem kesihatan? Adakah inklusiviti bermaksud menyesuaikan institusi kepada kehendak individu, atau […] - [Wanita dan Masjid](https://jurnalsangpemula.com/masjid-ruang-untuk-semua/): Pernah saya kirim satu ciapan di Twitter tentang sifat masjid yang (sepatutnya) inklusif. Di dalamnya ada beribu macam orang hamba Tuhan yang percaya dan tunduk kepada kekuasaanNya. Tidak peduli apa pun sifat tubuh, bangsa, warna kulit, apa lagi gender. Masjid jadi ruang yang adil tanpa mengambil kira di manakah letak duduknya dalam garis ekonomi. Rumah ibadat ini (sepatutnya) tanpa ragu menerima pengunjung. Dan tanpa ragu menolak ketidak adilan, rasisme dan ketuanan. Tiada siapa memiliki masjid. Tiada hierarki penentu siapakah yang lebih layak berpayung di bawah lindungan kubah. Sepatutnya. Namun, ketika kita berbangga sekali dengan sifat agama kita yang sebegitu universal […] - [Permata yang Hilang: Imam Muhsin Hendricks, Suara Panutan Komuniti Muslim Queer](https://jurnalsangpemula.com/permata-yang-hilang-imam-muhsin-hendricks-suara-panutan-komuniti-muslim-queer/): Pemergian Imam Muhsin meninggalkan kekosongan yang tidak tergantikan, namun perjuangannya akan terus hidup, menginspirasi hati yang berpegang pada Islam yang merangkul kepelbagaian dan menyemai kasih sayang. - [ERA FM dan Ulang Tayang Hipokrasi Nasional](https://jurnalsangpemula.com/era-fm-dan-ulang-tayang-hipokrasi-nasional/): Diskriminasi sistemik ini telah berakar dalam sejarah panjang ketidakadilan, diselimuti bisikan konservatisme yang menanam kepercayaan bahawa ada kelompok yang lebih berhak ke atas negara ini berbanding yang lain. - [Jalan Raya dan Keterasingan: Nasib Si Pejalan Kaki](https://jurnalsangpemula.com/jalan-raya-dan-keterasingan-nasib-si-pejalan-kaki/): Berita tentang seorang murid tahun 2 Sekolah kebangsaan Presint 11(1) Putrajaya cedera parah dilanggar kereta Alza ketika cuba melintas jalan di hadapan sekolahnya baru-baru ini membangkitkan kemarahan warga maya. Kemarahan itu ada yang dihalakan ke ibu bapa yang lambat mengambil anak dari sekolah, ada yang dihalakan ke sekolah kerana silibus pengajian keselamatan jalan raya tidak diajar dengan betul, banyak juga kemarahan dihalakan ke kereta Alza yang melanggar kerana tidak berhati-hati di kawasan sekolah, ada yang marah kepada kereta yang parking di bahu jalan sehingga menganggu penglihatan pemandu Alza, dan bahkan ada juga yang menyalahkan kanak-kanak berumur 8 tahun terebut kerana […] - [100 Tahun Pramoedya Ananta Toer](https://jurnalsangpemula.com/100-tahun-pramoedya-ananta-toer/): Majlis 100 Tahun Pramoedya Ananta Toer di Gerakbudaya—kedai buku kecintaan Kementerian Dalam Negeri ini—bukan sekadar peringatan. Ia adalah perlawanan yang belum pernah benar-benar berakhir. Perlawanan terhadap lupa, terhadap pembungkaman, terhadap tangan-tangan kuasa yang menulis sejarah dengan tinta penguasa, menghapuskan yang tidak tunduk, membisukan yang tidak searah. Hari ini, kita bukan sekadar berbicara tentang seorang sasterawan, tetapi menggulati seorang manusia yang sepanjang hidupnya bergulat dengan mesin-mesin negara yang tidak henti cuba mendiamkannya. Namun, Pram tidak tunduk. Kita mengambil semangatnya—seorang yang mengangkat pena bukan untuk mencari keindahan semata-mata, tetapi untuk mencatat luka, menelanjangkan ketidakadilan dan kegilaan dunia yang dipacu oleh ketamakan serta […] - [Angkat Palang, Perangi Penindasan](https://jurnalsangpemula.com/angkat-palang-perangi-penindasan/): Sejujurnya, saya sudah biasa membaca esei Khuzairey. Dari laman sosial sehingga halaman bercetak, pemikiran dan idea yang dikedepankan saudara Wan Khuzairey sering saya baca dan dibahaskan. Apa lagi, datang dari kumpulan bacaan yang sama, suara Khuzairey, gemanya, hampir sama dengan rakan-rakan yang lain. Fikrah ini dibawakan oleh Khuzairey dalam Memalangi Penindasan terbitan Gerak Budaya. Menjadi kebiasaan Khuzairey membawakan isu kemiskinan, sejarah, pendidikan serta isu intelektualiti dalam eseinya. Dalam masa yang sama, Khuzairey tanpa jemu membawakan topik sastera. Namun, secara ringkas, tema yang mewarnai keseluruhan kumpulan esei ini ialah kemiskinan dan penindasan terhadap golongan marjinal. Memalangi Penindasan dipersembahkan dengan tujuh sub […] - [Hai Anis: Membongkar Kejahatan Pedofil](https://jurnalsangpemula.com/hai-anis-membongkar-kejahatan-pedofil/): Bercakap tentang trauma peribadi adalah hal yang maha menakutkan. Trauma bukan sahaja meninggalkan kesan sementara, namun mengubah cara fikir, cara bertindak sekali gus cara menjalani kehidupan. Trauma adalah satu perkara yang tidak mahu diucapkan lagi oleh mana-mana individu sekali pun. Kalau boleh, mahu ditanam jauh di negara yang tak mungkin dicapai. Atau dikunci dalam sebuah peti besi, dilempar jauh ke lautan yang dalam. Tidak mahu dibuka, apa lagi diceritakan kembali. Ia mahu dilupakan dan tidak lagi disebut-sebut. Dalam kecelaruan dan keresahan mengurus emosi dan kehidupan, Azura Nasron memilih untuk bercakap tentangnya. Mahu satu alam tahu tentang hal zalim yang dilakukan […] - [Keluarga Sakinah Tanggungjawab Semua](https://jurnalsangpemula.com/keluarga-sakinah-tanggungjawab-semua/): Membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah sebenarnya bukanlah semata-mata tugas anggota keluarga namun setiap warga termasuklah autoriti bertanggungjawab membentuk masyarakat dengan keluarga yang tenang dipenuhi rasa cinta dan kasih. Sakinah, mawaddah wa rahmah yang sering bergema melalui corong pembesar suara surau-surau, masjid dan kuliah-kuliah kursus perkahwinan ialah sebuah gagasan yang mesti dipandang serius oleh setiap anggota masyarakat termasuklah di meja pembikin polisi. Secara ringkas sakinah merujuk kepada ketenangan dan ketenteraman dalam rumah tangga, manakala mawaddah wa rahmah ialah rasa cinta kasih di dalamnya. Melalui tiga prinsip ini, sesebuah keluarga dapat dibangun dengan baik seterusnya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab sekali […] - [Dari Pengharaman Khitan ke Perlawanan Fasisme: Perlawanan Nawal El Saadawi dan Arundhati Roy](https://jurnalsangpemula.com/dari-pengharaman-khitan-ke-perlawanan-fasisme-perlawanan-nawal-el-saadawi-dan-arundhati-roy/): Mengenal rapat perjuangan dan perlawanan (resistance) pastinya tidak boleh tertinggal membaca pemikir-pemikir Global Selatan. Nusantara Bergerak dengan kerjasama Gerakbudaya kali ini membawakan dua pemikir wanita yang tidak asing dalam dunia perlawanan, Arundhati Roy dan Nawal El Saadawi. Membawakan isu kemanusiaan, Arundhati Roy ialah seorang penulis aktivis yang sangat berhati-hati dan teliti. Dalam syarahan oleh Dr Azhar Ibrahim, Arundhati Roy ialah seorang penulis yang prihatin terhadap hal domestik internasional. Beliau ialah seorang tokoh yang tidak ketinggalan memperjuangkan masyarakat marjinal (The Project of Unseen). Arundhati Roy juga bukan setakat membedah masyarakar secara teoritis tetapi turut melihat dan mengkaji realiti masyarakat. Dalam masa […] - [Rumusan Bacaan Analisis Gender dan Transformasi Sosial](https://jurnalsangpemula.com/rumusan-bacaan-analisis-gender-dan-transformasi-sosial/): Tema kelima dan terakhir dalam siri Kumpulan Bacaan Perempuan JSP adalah memperkenalkan penulisan-penulisan akademik dan separa akademik dari penulis lelaki dan perempuan yang berfokus kepada persoalan kesetaraan gender. Untuk bacaan pertama tema kelima ini, kita membincangkan ‘Analisis Gender Dan Transformasi Sosial’ (1996) dari Mansour Fakih, yang terkenal dengan gagasan transformasi sosial di Indonesia.  Mansour Fakih merupakan graduan Usuluddin dari IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta dan kemudian mengambil Master of education dari University of Massachussetts, dan kerana kebolehannya yang luar biasa, beliau beroleh gelar doktor di univsersiti yang sama. Perjalan akademik dan aktivisme Mansour Fakih sangat menarik, beliau bukan berteori dalam isolasi, […] - [Bakau: Penyerap Karbon 10 Kali Ganda Lebih Banyak](https://jurnalsangpemula.com/bakau-penyerap-karbon-10-kali-ganda-lebih-banyak/): Memetik Sakinah Rosli bahawasanya kita semua “Bangsa Bakau”, sesungguhnya masyarakat bergantung penuh terhadap paya bakau. Dalam catatan peradaban, masyarakat mencari paya bakau sebagai “mercu tanda” bagi membina petempatan, sebagai tempat perlindungan sementara serta sebagai kawasan pencarian sumber makanan. Namun, tidak dapat tidak, faktor kolonialisme mesti diambil kira apabila membahaskan kepentingan bakau yang kurang diambil peduli oleh autoriti serta golongan pemikir khususnya. Apa lagi, penjajahan dipacu oleh semangat kapitalisme. Dalam catatan kolonial, kawasan paya bakau ialah kawasan yang “tidak berguna” dan “tidak mendatangkan hasil”.  “In 1798, British geographer named Francis Buchanan stated that “the woods, however, are not considered as property; […] - [Melawan "Buku-Buku Yang Membunuh Manusia"](https://jurnalsangpemula.com/melawan-buku-buku-yang-membunuh-manusia/): Pada 21 Disember 2024, pihak Biblio Press telah mengadakan Diskusi Buku “Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya: Antologi Esei 12 Bibliofil” bersama 12 orang penulis di MPH The Exchange TRX pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 petang. Buku tersebut merupakan sebuah antologi esei yang menghimpunkan esei-esei daripada 12 orang penulis dengan 12 adunan cerita dan pengalaman yang memberi pengaruh besar terhadap hidup mereka. Ada buku yang merawat duka; ada buku yang menemani fasa mendewasa; ada buku yang mengubah hidup; ada buku yang menyebabkan jatuh cinta pada buku.  Salah seorang penulis yang terlibat dalam projek antologi esei tersebut ialah Ahmad Muziru Idham […] - [100 Tahun A. Samad Ismail](https://jurnalsangpemula.com/100-tahun-a-samad-ismail/): Ke mana hilangnya nilai silamYang memberi kekuatan kepada perjuangan,Ke mana hilangnya rukun perpaduan dan persefahaman?Yang mengikat persahabatan dan persaudaraanDalam perjuangan?Ke mana hilangnya pendirianYang menorah muslihat diriDan kedudukan peribadidemi kepentingan perjuanganWahai sahabatku.(Bicara dengan Teman Lama – A Samad Ismail) A. Samad Ismail adalah seorang tokoh penting dalam sejarah intelektual dan kesusasteraan Melayu, khususnya di Singapura dan Malaysia. Beliau dikenal luas sebagai seorang wartawan, penulis, dan pemikir yang memiliki pengaruh besar terhadap perkembangan pemikiran dan budaya di rantau ini. Gerakbudaya dengan kerjasama Sahabat Sastera, Nusantara Bergerak dan Jurnal Sang Pemula telah mengadakan satu majlis meraikan 100 tahun kelahiran A. Samad Ismail di […] - [Cuti Haid Ringankan Beban Wanita Sakit semasa Haid](https://jurnalsangpemula.com/cuti-haid-ringankan-beban-wanita-sakit-semasa-haid/): “Saya jumpa banyak tentang perempuan dan kesihatan reproduktif. Tapi, saya belum jumpa yang bercakap tentang mental penghidap “penyakit perempuan” – Desy Zulfiani  8 Disember 2024, di GMBB Mall, teman-teman Peduli Merah dan Jurnal Sang Pemula ikut sama menjadi pempamer dalam Fabulous Freedom Festival. Pameran yang berlangsung seharian ini membawakan NGO-NGO yang membawakan isu hak asasi manusia serta perempuan dan keperempuanan. Antara NGO dan CSO yang terlibat ialah Amnesty, Seek to Speak, Empower, Pocket of Pink, Youth of Monster Among Us, Malaysian Association for The Blind, SPOT Community Project, GEG, Peduli Merah serta Kemban Kolektif.  Festival ini turut membawakan forum hak […] - [Shahnon Ahmad: Kesasterawanan dan Kemanusiaan (Bahagian 2)](https://jurnalsangpemula.com/shahnon-ahmad-kesasterawanan-dan-kemanusiaan-bahagian-2/): Kesusasteraan yang besar perlu setia kepada falsafahnya iaitu merakamkan realiti dalam masyarakat kerana realiti itulah sumbernya yang sahih pun. Dia memperalatkan kisah, bahasa dan teknik-teknik yang lain supaya realiti itu terpapar dalam bentuk keindahan yang bakal meninggalkan kesan pada akal dan juga pada jiwa. Oleh sebab komunikasi manusia aspek luaran sudah dinyahkan oleh manusia sendiri, maka proses kreaviti pun dengan sendirinya menyahkan teknik- teknik luaran kerana teknik luaran amat sukar untuk memperjelaskan permasalahan dalaman yang menjadi dominan dalam kehidupan kini. Pada setengah-setengah penilai, perakam kesasterawanan tentang permasalahan dalaman manusia ini adalah suatu perkembangan yang amat baik dan jelas menuju ke […] - [Shahnon Ahmad: Kesasterawanan dan Kemanusiaan (Bahagian 1)](https://jurnalsangpemula.com/shahnon-ahmad-kesasterawanan-dan-kemanusiaan-1/): Saya selalu diyakini oleh gagasan bahawa karya kreatif kesusasteraan adalah bertonggakkan kemanusiaan dalam segala dimensinya. Keperihalan dalam segala kecanggihan dan kerahsiaannya adalah kemanusiaan. Dan kalau pun ada sebarang asosiasi yang ditokok tambah atau dipinggirkan, adalah juga berkaitan rapat dengan kemanusiaan. Kesusasteraan yang terbabas daripada kemanusiaan adalah kepelikan-kepelikan yang sedang berlaku dengan rancak sekarang ini bila sasterawan cuba mengolah karyanya atau pengkritik cuba mendekati sesebuah karya sastera itu. Kepelikan-kepelikan itu terjadi kerana masing-masing cuba me- yakini orang lain bahawa kesusasteraan bukan kemanusiaan tetapi adalah teknik- teknik, adalah bahasa-bahasa dengan gaya gaya yang tertentu, adalah imagınası dan kekuatan daya khayal yang tidak […] - [Anis Sabirin: Peranan Wanita Baru](https://jurnalsangpemula.com/peranan-wanita-baru/): Abad kedua puloh ini merupakan zaman yang penoh tanda-tanya untok kaum wanita. Ia tidak tahu apa-kah yang sa-benar di-harapkan daripada-nya. Kalau dulu sa-orang wanita itu sudah chukup memenohi kewajipan-nya jika ia menjadi sa-orang isteri yang ta’at dan ibu yang baik, sekarang ia di-kehendaki berlaku lebeh dari itu. Ia juga di-kehendaki menjadi orang terpelajar yang sanggup ber- juang di-samping suami-nya, dan ia juga di-tuntut supaya tetap tinggal sa-bagai lambang keberahian yang chantek molek yang merupakan sumber ilham dan kegairahan kaum lelaki. Bagaimana-kah wanita abad kedua puloh hendak memenohi peranan-nya yang berbagai chorak ini? Ia di-kehendaki tetap menjadi perempuan yang lemah lembut […] - [Mendada - Dada di Jalan Yang Sempit](https://jurnalsangpemula.com/mendada-dada-di-jalan-yang-sempit/): Jikalau dipandang dari segi kebangsaan memang agama Islam tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada bangsa Melayu manakala difikirkan lama masanya kita telah memeluk agama itu – Keris Mas SEWAKTU saya menukil replica watches UK kutipan daripada tulisan sasterawan besar kita iaitu Keris Mas, pelbagai persoalan berlari-lari di dalam ruang fikiran yang tak dapat saya hadamkan.  Apakah yang akan terjadi sekiranya seorang Keris Mas hidup pada zaman ini? Dengan kata-kata beliau itu sudah pasti media sosial akan bergegar. Beliau mungkin akan menerima label sesat, jahil, murtad best replica watches dan bodoh. Kelompok yang menghurung Keris Mas mungkin kelompok yang kehilangan naluri rasionalnya bertempik dan […] - [Wawasan 'SHIT' 2020](https://jurnalsangpemula.com/wawasan-shit-2020/): Ada satu pepatah arab teman saya ceritakan. Ianya berbunyi begini, Kal khasī yaftakhiru bi zubi Maulāhu. Pepatah ini bermaksud, si sida yang berbangga dengan pelir rajanya. Sida-sida atau pegawai di dalam istana ini telah dikembiri supaya tidak dapat berhubungan badan dengan ahli keluarga raja. Oleh kerana sudah dihilangkan alat jantannya, sudah tidak ada jugalah sifat jantannya lagi. Maka sida-sida ini terpaksa menumpang bangga dengan pelir tuannya, malah untuk bertahan hidup ia membodek sesuatu yang dia tidak ada, iaitu: pelir. Jika melihat kembali realiti semasa, pepatah atau sebenarnya carutan yang mematahkan hati ini selayaknya kepada siapa patut kita campakkan? Iya, kepada […] - [Apa yang Desa Mentari Ajarkan Aku](https://jurnalsangpemula.com/apa-yang-desa-mentari-ajarkan-aku/): Setelah kerajaan mengumumkan bahawa sebahagian sektor ekonomi adalah dibenarkan untuk beroperasi, maka pejabat tempat aku bekerja pun mulai beroperasi seperti biasa. Pada hari jumaat minggu lepas, Arora (bukan nama sebenar) menghantar mesej dalam kumpulan whatsapp rakan serumah yang bernama “Orang-Orang Kebingungan”. Jika ada yang tertanya-tanya kenapa nama kumpulan whatsapp kami sebegitu, ianya disebabkan pada waktu tersebut kami sangat bengang dengan isu-isu yang berlaku sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antaranya adalah seperti isu Vivy Yusof yang tidak berpuas hati tentang bantuan kerajaan kepada golongan B40 kerana perniagaan kawan-kawannya yang terkesan akibat wabak Corona yang melanda. Bukankah itu kebingungan? Membandingkan langit […] - [Setahun Kumpulan Bacaan Perempuan Jurnal Sang Pemula: Persoalan Kelas, Pembangunan dan Jenis Feminisme](https://jurnalsangpemula.com/setahun-kumpulan-bacaan-perempuan-jurnal-sang-pemula-persoalan-kelas-pembangunan-dan-jenis-feminisme/): Kumpulan Bacaan Perempuan memberikan aku peluang untuk meneliti beberapa bacaan berkenaan gender yang jarang diapungkan. Aku berasa teruja kerana Farahin setuju untuk sama-sama menggerakkan kumpulan bacaan ini kerana sesi-sesi bacaan ini adalah satu-satunya ruang berwacana di luar kelas pengajian sarjana yang sedang aku jalani ketika itu.  Setelah meneliti beberapa bacaan terkait keadilan gender dalam Islam dan membahas tokoh wanita Nusantara yang mengangkat persoalan keadilan antara lelaki dan perempuan, kami melanjutkan bacaan berkenaan gender, kelas dan pembangunan. Tidak dinafikan, wacana ini dalam bahasa Inggeris sangat terkehadapan dan mudah untuk mendapatkan bahan bacaan. Namun, bagi mengekalkan citra Nusantara, kami telah memilih buku […] - [Impak Islamisasi: Tudung Sebagai Identiti Muslimah Sejati dan Isu Pengawalan Moraliti Perempuan](https://jurnalsangpemula.com/impak-islamisasi-tudung-sebagai-identiti-muslimah-sejati-dan-isu-pengawalan-moraliti-perempuan/): Isu utama tudung adalah ia diarusperdanakan sebagai satu-satunya identiti perempuan muslim. Apabila diarusperdanakan sebagai satu-satunya identiti Islami maka cara pakaian yang lain akan jadi tidak Islami, disesatkan, dikafirkan, dinerakakan. Patriarki yang berakar kuat dalam masyarakat Melayu menjadikannya satu lagi alat untuk mengawal dan mengawasi moraliti. Buruknya dogma tudung sebagai identiti muslimah yang diasaskan pada satu pendapat fiqh daripada pelbagai pendapat yang ada tentang aurat dan hijab telah mematikan keanjalan pengamalan tudung yang telah berkurun lama ada dalam tradisi Islam dan ini telah mendatangkan malang besar kepada perempuan. Bukan sikit kita melihat kenyataan-kenyataan kurang ajar mengatakan perempuan yang tidak memakai tudung […] - [Begini Rupanya Pandangan Orang Kaya Terhadap Orang Miskin](https://jurnalsangpemula.com/begini-rupanya-pandangan-orang-kaya-terhadap-orang-miskin/): BETULLAH kata kawanku, virus bersaiz 60-140 nanometer ini benar-benar menguji manusia dan kemanusiaan. Beberapa hari lepas, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 diumumkan bertujuan untuk meringankan beban rakyat menghadapi cabaran wabak COVID-19. Pakej ini antaranya memberi bantuan sebanyak RM1600 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM4000 sebulan, RM1000 bagi isi rumah berpendapatan RM4001-RM8000 sebulan, dan beberapa faedah lain yang berfokus kepada golongan B40. Penulisan ini dibuat bukan untuk mengkritik atau menyokong sepenuhnya pakej rangsangan ekonomi tersebut melainkan untuk melihat bagaimana musibah ini telah menzahirkan sebahagian pandangan jelik orang kaya terhadap orang miskin yang mungkin sebelum ini termendap dalam pemikiran sehingga tak […] - [Abang Adik: Mendokumen Tanpa Dokumen](https://jurnalsangpemula.com/abang-adik-mendokumen-tanpa-dokumen/): Bermula dengan babak Bront Palarae memeras pendatang asing “tanpa izin” yang menurut saya tidaklah memberi impak yang besar dalam plot filem ini, Abang Adik tetap akhirnya memberikan dampak emosi berterusan sehingga ke akhir cerita. Dalam pada itu, babak awal filem ini tetap membawakan satu hakikat keji dan kotor yang harus difahami oleh setiap daripada kita. Sengaja saya letakkan “ “ pada terma Tanpa Izin yang seringkali disinonimkan dengan “busuk” “lari dari jerih perih negara sendiri” “lebih sudu dari kuah” dan “beri betis nak paha”. Semua hal yang negatif sering ditampal di belikat mereka. Sedangkan, persoalan yang lebih awla’ ialah bagaimanakah […] - [Pengenalan kepada Ekonomi Marxis](https://jurnalsangpemula.com/pengenalan-kepada-ekonomi-marxis/): Ditulis oleh DinDeng. Terjemahan oleh Huda Ramli. Pertama kali diterbitkan dalam DinDeng dalam Bahasa Thai.  Marxisme bukan sahaja merupakan seruan kepada revolusi komunis, ia adalah alat analisis, yang ditulis dalam Das Kapital pada tahun 1867. Artikel ini cuba untuk menerangkan secara ringkas tentang analisis tersebut, daripada 3 jilid penuh Das Kapital. Pendekatan Marx terhadap ekonomi lebih mendalam daripada falasi apa yang difahami ramai sebagai struktur ekonomi “akal sihat” yang kita jalani. Maksudnya, “keadaan semula jadi hal ehwal ekonomi”, di mana kita semua hanya membeli dan menjual barangan secara adil di dalam pasaran. Melalui analisis ekonomi Marxis, kita boleh mendedahkan bahawa undang-undang ekonomi kepada […] - [Setahun Kumpulan Bacaan Perempuan Jurnal Sang Pemula](https://jurnalsangpemula.com/setahun-kumpulan-bacaan-perempuan-jurnal-sang-pemula/): Oleh Farahin W. Perbualan-perbualan panjang saya dengan Sakinah rupanya berakhir dengan kami menggerakkan Kumpulan Bacaan Perempuan (KBP) Jurnal Sang Pemula. Tentunya, telah kami fikirkan apakah bersikap eksklusif dengan mengehadkan penyertaan kepada perempuan tidak selaras dengan prinsip kesetaraan yang diimani. Lagi pula, membebaskan manusia dari pergelutan gender bukan hanya memerlukan perempuan. Dan bukan cuma perempuan yang mahu dibebaskan. Namun, dalam pertemuan pertama bersama Adilla, kami bersetuju kalau mewujudkan ruang selamat untuk perempuan feminis bercerita dan berbincang tanpa prejudis, tanpa diktat suara patriarki, tanpa cubaan-cubaan membetulkan pengalaman perempuan dan tanpa perasaan rendah diri justeru memerlukan nir lelaki dalam perbincangan. Setidaknya, di peringkat […] - [Fatwa dan Akal Tidak Perlu Dipisahkan](https://jurnalsangpemula.com/fatwa-dan-akal-tidak-perlu-dipisahkan/): Fatwa tidak harus terlindung dari kritikan. Mengkritik bukanlah sebuah perkara terkutuk malah ia merupakan langkah utama untuk mengelakkan sikap autoritarian dalam diri pemuka agama. Semua ini bagi mengelakkan mereka yang menunggang agama, menggunakan agama untuk kenikmatan sendiri dan menyongsangkan agama untuk kekuasaan. - [Wabak Takfiri & Watak-watak Keji: Meninjau-ninjau Tahun 1963, 1981 dan Cermin Diri di Alaf Baru](https://jurnalsangpemula.com/wabak-takfiri-watak-watak-keji-meninjau-ninjau-tahun-1963-1981-dan-cermin-diri-di-alaf-baru/): Oleh Amier Suhaimi. Dalam kumpulan cerpen Nakal-Nakal yang akan tiba tidak lama lagi, ada satu cerpen yang saya sisipkan, ‘Ahmad Fugi Menulis Pojok’. Ahmad Fugi yang memilih menulis pojok setelah berhenti sebagai wartawan meluahkan dalam pojoknya tentang kerisauan beliau tentang wabak takfiri dan kemarahan beliau pula kepada autoriti yang tidur dan membiarkan. Gejala takfiri masih kekal semacam kotoran jijik dan busuk nan sukar ditanggalkan. Tidak terhad diamalkan orang-orang yang ada kelebihan dalam ilmu agamanya semata. Kotoran maha jijik dan busuk ini melekat pula kepada orang awam. Ia menjadi satu penyakit yang mewabak akhirnya; Seterusnya pula menyebabkan suasana geger, gegar dan […] - [Boikot: Renungan ke Atas Zionisme dan Masyarakat Kita](https://jurnalsangpemula.com/boikot-renungan-ke-atas-zionisme-dan-masyarakat-kita/): Oleh WN Khuzairey “We grow up thinking the extreme is the normal” BERBICARA mengenai negara yang satu ini saya teringat satu artikel yang diperolehi dari sumber internet judulnya “How Israeli youth helped usher in the farthest right-wing government ever” yang telah diterbitkan oleh laman Vox. Best place to buy cheap rolex daytona replica. And the best AAA+ swiss made grade 1 Rolex replica on our website with fast shipping.Dalam tulisan itu penulisnya menyatakan “Recent polling backs that surprising observation: A joint poll published by the Israel Democracy Institute last month found that 73 percent of Jewish Israelis between ages 18 and 24 identify as right-wing, compared […] - [Yasmin Ahmad: Filem-filem yang Membebaskan Bangsa](https://jurnalsangpemula.com/yasmin-ahmad-filem-filem-yang-membebaskan-bangsa/): Berikut merupakan cuplikan pembentangan Saudara Ahmad Muziru Idham dalam Siri Syarahan Guru Bangsa oleh teman-teman Kawah Buku. Syarahan diadakan di Mandala Kawah Buku, Bangi. Ikuti syarahan penuh di Youtube Kawah Buku : https://www.youtube.com/live/ceYe5ewht1I?si=JrrYjkcGzG2AiebE - [Negara Kita Bukan Dipayungi Rahmat Tetapi Korupsi](https://jurnalsangpemula.com/negara-kita-bukan-dipayungi-rahmat-tetapi-korupsi/): Asyik melihat rakyat Malaysia bersorak melihat para atlet negara melakukan aksi-aksi kepakaran mereka. Tahniah buat semua para atlet yang bertungkus lumus membawa nama negara dipersada dunia. Dalam pertarungan pandemik yang seperti tiada penghujung, melihat kecekalan para atlet memberi semangat pada diri kita semua untuk terus bangun dan terus cuba dan cuba lagi. Namun, jangan kita lupa, disaat kita asyik mengukur berapa banyak emas, gangsa atau perak yang dibawa pulang, pada awal tahun 2021, Malaysia telah jatuh kepada kedudukan ke-57. Dalam apa? Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) daripada 180 negara yang lain. Nah, mungkin ramai yang masih tidak mengetahui indeks ini. […] - [Haruan Merenangi Sungai Korona (Introspeksi Cerpen "Haruan" Dharmala NS)](https://jurnalsangpemula.com/haruan-merenangi-sungai-korona-introspeksi-cerpen-haruan-dharmala-n-s/): Sungai semakin cetek dan pokok-pokok terus ditebang. Entah untuk menghadiahkan kalungan rantai emas untuk siapa. Entah untuk mengenyangkan perut siapa. Kemiskinan tetap macam hantu raya dirantai di tiang-tiang seri. Atau di hadapan pintu rumah, tidak bebas dan lenyap. Di hutan-hutan, haiwan-haiwan sedang bermesyuarat, membahagi tugas bagi menghalang habitat digondol. Membentang kajian demi kajian bagi menghentikan tempat tinggal mereka direnggut oleh si rakus tak punya otak tak punya agama. Sebentar lagi, alam bakal musnah. Namun, bukan masanya berhenti berusaha. Kalau kaki-kaki kapitalis menghenyak alam dengan rakus, apakah nanti kaki Tuhan bakal menghenyak perut buncit mereka lantas terkeluarlah seisinya? Pasti. Dharmala N.S […] - [Kejanggalan Kempen "Buy Muslim First"](https://jurnalsangpemula.com/kejanggalan-kempen-buy-muslim-first/): SEKARANG ini, isu Malaysia yang paling hangat ialah kempen Buy Muslim First, iaitu kempen yang mendorong kepada pengutamaan untuk membeli barangan daripada produk-produk buatan Muslim berbanding produk non Muslim. Kalau dalam konteks di Malaysia, Muslim itu lumrahnya akan disertakan sekali dengan bangsa Melayu. Melayu yang tidak Muslim tidak diiktiraf sebagai Melayu jika menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Sebab itulah kalau tengok senarai barangan produk Muslim yang dikeluarkan sebagai rujukan pengguna itu, kebanyakannya ialah produk-produk keluaran bangsa Melayu. Mungkin bangsa lain yang Muslim hampir tidak ada mengusahakan apa-apa produk di negara ini, atau mungkin sebab penulis senarai tersebut susah hendak mengenal […] - [Antara Bubble Tea dan Manusiawi](https://jurnalsangpemula.com/antara-bubble-tea-dan-manusiawi/): Selain daripada ruang-ruang untuk beribadah atau bercinta, ada satu lagi ruang yang telah kita hilang. Iaitu ruang untuk kita beristirehat, membuat kerja dan bertenang. Pada saat ini, aku berada di kedai kopi terkenal, Starbucks. Tempat minuman kelas 4 bintang. Air yang mahal tapi masih mampu, tempat duduk yang ala romantis dengan lampu malap yang buat jiwa berada di tengah-tengah khayalan sama ada mahu teruskan menulis atau duduk saja sambil mendengar lagu dan menghirup secangkir kopi yang manis tidak terasa kafeinnya. Boleh dikira di sini hampir setiap meja akan ada seorang tuan bersama air kopi manis tadi dan juga komputer riba. […] - [Sekolah Bukan Bukan](https://jurnalsangpemula.com/sekolah-bukan-bukan/): LOCENG berdering lantang menandakan pertukaran waktu sedang berlaku. Welcome to High Quality Replica Rolex Watches Sales on www.rolexreplicaswissmade.com, Buy the Best Replica Rolex Watches in the UK.Guru kecil keluar dari kelasnya lalu bergegas ke kantin. Tekaknya kering maklumlah mengajar kelas selama dua jam tanpa henti. Setibanya di kantin sekolah, pekerja kantin menyambutnya dengan penuh senyuman. Kebetulan guru besar sedang duduk dihadapannya, maka terpaksalah guru kecil duduk semeja untuk menunjukkan sikap mesra dengan orang-orang atasan. “Kamu baru habis kelas ke?” Sapa guru berbasa-basi. “Ya, baru habis cikgu. Hari ini panas sekali. Itu yang kena minum dulu sebab kejap lagi saya ada kelas lagi.” […] ## Pages - [Penerbitan](https://jurnalsangpemula.com/penerbitan-2/) - [Hantar Karya](https://jurnalsangpemula.com/hantar-karya/) - [Tentang Kami](https://jurnalsangpemula.com/tentang-kami/): Berawal 2019, dengan bimbingan Dr Azhar Ibrahim, teman-teman Sang Pemula mulai membaca tokoh-tokoh pemikir bermula dengan Syed Hussein Alatas, Munshi Abdullah, Raden Adjeng Kartini hingga ke Shaharuddin Maaruf. Masing-masing turut menulis dari esei hingga ke karya kreatif. Perbincangan berkisar persoalan kemanusiaan, keadilan gender, sastera, filem, ekonomi, pendidikan dan agama. Pemula berselerak serata Malaysia dan masing-masing bergerak dalam ranah masing-masing – di bidang pendidikan, aktivisme, di ruang akademik, dalam bidang Sains dan Matematik, falsafah, sejarah, sastera dan ekonomi. Dengan mimpi berani, kita menulis sejarah sendiri. Jurnal Sang Pemula ialah sebuah kolektif anak muda yang membaca dan menulis. Ini merupakan medan perjuangan […] - [Penerbitan](https://jurnalsangpemula.com/penerbitan/): Jurnal Sang Pemula merupakan satu pertubuhan kecil yang terdiri daripada 12 anak muda dan di bawah pimpinan Dr Azhar Ibrahim. Tanpa dana besar, tanpa tujuan menjana ratusan ringgit, apatah lagi menjadi popular. Tujuan JSP digerakkan cuma satu iaitu berkongsi ide buat masyarakat (khususnya anak muda) kembali mempersoal, mengkritik, memikirkan dan menganalisis apa yang berlaku di sekeliling mereka. Lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan dengan idea-idea jumud. Maka, dari hasil pelbagai wacana, bengkel dan idea-idea yang kami hadiri dan yang direnungkan, kami curahkan sebahagiannya di dalam buku ini sebagai satu catatan buat Jurnal Sang Pemula sendiri juga untuk masyarakat. Secara umumnya […] - [Dr. Azhar Ibrahim](https://jurnalsangpemula.com/gagasan-azhar-ibrahim/) - [Penafian](https://jurnalsangpemula.com/privacy-policy/): Who we are Suggested text: Our website address is: http://jurnalsangpemula.com. Comments Suggested text: When visitors leave comments on the site we collect the data shown in the comments form, and also the visitor’s IP address and browser user agent string to help spam detection. An anonymized string created from your email address (also called a hash) may be provided to the Gravatar service to see if you are using it. The Gravatar service privacy policy is available here: https://automattic.com/privacy/. After approval of your comment, your profile picture is visible to the public in the context of your comment. Media Suggested […] - [Blog](https://jurnalsangpemula.com/blog/) - [Homepage](https://jurnalsangpemula.com/) [comment]: # (Generated by Hostinger Tools Plugin)